JIKA sebelum ini ‘kitab’ fesyen Britain terkemuka antarabangsa, Vouge ‘menggunapakai’ supermodel cantik dan terkenal dunia sebagai ‘pelaris’ di kulit muka surat hadapannya, kini ia tidak lagi menjadi tradisinya.

Penangan Covid-19 nampaknya benar-benar mengubah sumber bacaan tatapan global itu kepada normal baharu. Bukan hanya wajah terkenal, popular dan cantik persis model dunia yang ‘dijual’.

Siapa sangka, pemandu kereta api pun sudah boleh menjadi penghias muka hadapan majalah itu pada Julai ini!

Itu yang tidak terjangkau dek akal oleh pemandu kereta api London Overground, wanita kulit gelap bernama Narguis Horsford dari Grenada daerah di Hindia Barat di Laut Caribbean, Britain ini.

Narguis Horsford berhampiran kereta api yang dipandunya.

Sekali pandang draf di kulit majalah Vogue untuk bulan hadapan itu, pasti ramai menyangka dirinya model terkenal mana-mana agensi antarabangsa.

“Saya tak pernah mimpi jadi penghias muka depan majalah Vogue.”

Itu katanya ketika diwawancara NewsDay, BBC secara atas talian baru-baru ini.

“Pengurus ada tanya kalau saya boleh diwawancara untuk Vouge . Mulanya memang saya tak sangka.

“Saya ingat hanya untuk bahagian kecil dalam majalah itu tentang frontliner pekerja sektor kritikal.

“Tapi tak sangka gambar saya digunakan untuk muka hadapan. Oh Tuhanku… saya tak sangka,” katanya.

Busana pilihan

Ditanya tentang ‘busana’ dan tali leher berwarna jingga yang dipakai untuk menjadi menjadi ‘model’ muka hadapan majalah tersebut, Narguis mengakui itulah pakaian uniformnya semasa bekerja sebagai pemandu kereta api.

Sudah pasti dirinya sendiri tidak menyangka dipilih untuk menjadi penghias muka hadapan majalah berprestij itu.

“Ya saya bangga dengan kerja saya. (Muka surat hadapan gambarnya) Nampak sangat fantastik dan saya tak sangka akan diangkat sebagai sebahagian daripada model Vouge yang mengetengahkan pekerja seperti kami.

“Apatah lagi frontliner pekerja utama terutamanya wanita,” katanya.

Artikel berkaitan: ‘Saya doktor. Tengok rakan bertungkus-lumus, takkan saya nak ber’dalgona’ coffee?

Turut ditanya sama ada cara beliau bergaya untuk muka hadapan itu nampak ‘gagah’ umpama wirawati dan adakah itu yang mahu ditonjolkan, beliau lantas menidakkannya.

Iklan

“Kami memang berdepan saat yang sukar semasa pandemik.

“Saya hanya mahu kekal positif dan tetap bekerjasama dengan rakan-rakan dalam komuniti dan menyokong satu sama lain.

“Saya tak rasa macam wirawati. Saya rasa doktor dan jururawat di luar sana lebih layak digelar wira,” katanya.

Vogue juga telah ‘melanggar tradisi’nya dengan meraikan wira yang setiap hari disifatkan mempertaruhkan nyawa mereka. Frontliner ‘diangkat’ sebagai penghias muka hadapan majalah itu.

Tidak seperti selebriti atau model yang menghiasi halaman depan hampir setiap bulan, Narguis adalah pemandu kereta api London.

Beliau diraikan oleh majalah itu bersama pekerja frontliner utama lain semasa tempoh koronavirus melanda negara itu.

Iklan

Selain Narguis, pekerja pasar raya Anisa Omar dan bidan, Rachel Millar juga menjadi model muka hadapan majalah itu pada bulan berikutnya.

Selain Narguis, Anisa Omar dan bidan, Rachel Millar sebagai frontliner turut dipilih menjadi model kulit muka depan Vogue.

Roda sentiasa berpusing bukan? Kadang di atas, kadang di bawah. Sesuatu yang tak disangka pasti mendatangi kita.

Pendek kata, macam-macam normal baharu boleh berlaku dek wabak pandemik ini. Ada 1,001 ‘kisah terbalik’ lagi boleh berlaku dek penangan virus itu.

Bersedialah! -AG #rantaiankasih

(Foto: Narguis Horsford dengan pakaian seragam yang dipakainya di kulit muka majalah Vogue. Kredit: TFL)