"Penat... tapi kami masih gagahi demi selamatkan nyawa anda"

"Penat... tapi kami masih gagahi demi selamatkan nyawa anda"
"Penat... tapi kami masih gagahi demi selamatkan nyawa anda"
A
A
A

MINGGU lalu, tercetus kebimbangan orang ramai berkaitan kes jangkitan baharu Covid-19 yang kembali meningkat secara mendadak sehingga mencecah lebih 9000 kes.

Setiap hari selama lima hari berturut-turut negara berhadapan peningkatan angka yang sangat menakutkan.

Namun, semalam kes yang dilaporkan Kementerian Kesihatan (KKM) dilihat sedikit menurun menjadi 6,993 kes.

Oleh itu, kita semua haruslah terus konsisten mematuhi SOP yang telah digariskan.

Pun begitu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah terus merayu kepada orang ramai agar sama-sama dapat membantu barisan hadapan.

Menurut beliau, petugas barisan hadapan sudah penat, namun digagahi demi menyelamatkan nyawa orang ramai.

"Petugas barisan hadapan sudah penat. Tapi kami masih gagahi demi menyelamatkan nyawa anda.

"Bantulah kami untuk bantu anda dan keluarga," ujar beliau.

Menerusi perkongsian beliau di akaun Facebooknya pada awal pagi ini, jumlah kes aktif di negara merekodkan 78,017 kes setakat semalam.

Di samping itu, Dr Noor Hisham turut berkongsi beberapa keping gambar dalam hantaran yang sama yang memperlihat petugas kesihatan sedang merawat pesakit serta pengurusan korban Covid-19.

Dilaporkan, setakat semalam juga, jumlah pesakit yang ditempatkan di Unit rawatan Rapi (ICU) mencecah 846 kes dengan 419 memerlukan bantuan alat pernafasan.

Baca juga Total Lockdown: Ini Perkara Boleh Dan Tidak Boleh Yang Semua Perlu Tahu

Sehingga Ahad, negara catat penurunan kes harian Covid-19 dengan 6,993 kes dengan pertambahan 79 kes kematian.

79 kematian termasuk 1 bukan warganegara akibat jangkitan Covid-19 dilaporkan semalam menjadikan jumlah kematian di Malaysia berjumlah 2,729 orang.

Terdahulu, negara mencatat kes baharu tertinggi pada Sabtu lalu dengan 9,020 kes.

Justeru, kekallah kita berada di rumah. Amalkan SOP yang telah ditetapkan agar dapat memutuskan rantaian Covid-19 ini.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca