Total Lockdown: Ini perkara boleh dan tidak boleh yang semua perlu tahu

A
A
A

PERKEMBANGAN jangkitan yang serius, pelbagai cara telah digunakan dalam mengekang penularan Covid-19.

Peningkatan jangkitan sehingga ke angka 9092 Jumaat lalu menunjukkan tahap yang membimbangkan hingga kerajaan memutuskan untuk melaksanakan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi ataupun ‘total lockdown’ Fasa Pertama di seluruh negara bagi tempoh 14 hari bermula 1 hingga 14 Jun 2021.

Dalam tempoh ini, semua sektor tidak dibenarkan untuk beroperasi kecuali sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu (essential economic and service sector) yang akan disenaraikan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Cara penularan novel coronavirus Covid-19 daripada individu kepada melalui titisan dari hidung atau mulut yang tersebar apabila seseorang dengan Covid-19 batuk atau bersin. Titisan ini merentasi objek dan permukaan di sekelilingnya. Tambahan pula dengan kehadiran varian baru yang mudah merebak dan tidak menunjukkan simptom, peningkatan jangkitan menjadi lebih serius.

Justeru, penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi ataupun ‘total lockdown’ Fasa Pertama di seluruh negara bagi tempoh 14 hari bermula 1 hingga 14 Jun 2021 bakal dilaksanakan.

Korang jangan keliru pula PKP dengan ‘total lockdown’ kerana hanya 17 perkhidmatan perlu yang dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh larangan pergerakan penuh ini.

Semua operasi perniagaan pada ‘total lockdown’ hanya bermula jam 8.00 pagi sehingga 8.00 malam sahaja.

Baca juga ‘Total Lockdown’ Bermula Selasa Ini. Kesesakan Jalan Raya, Ke Mana Anda? – Dr Noor Hisham

Perkhidmatan perlu

1) Makanan dan minuman termasuk untuk haiwan

2) Penjagaan kesihatan dan perubatan termasuk penokok diet, penjagaan dan klinik haiwan serta perkhidmatan veterinar

3) Air

4) Tenaga

5) Keselamatan (security and safety), pertahanan, kecemasan, kebajikan dan bantuan kemanusiaan

6) Pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam dan pembetungan

7) Pengangkutan melalui darat, air atau udara

8) Perkhidmatan dan pengusahaan pelabuhan, limbungan dan lapangan terbang, termasuk pemunggahan, pengangkutan laiter, pengendalian kargo dan pemaliman, dan penyimpanan atau pemukalan komoditi

9) Komunikasi termasuk media, telekomunikasi dan internet, pos dan kurier serta penyiaran (bagi tujuan penyampaian maklumat, berita dan seumpamanya sahaja)

10) Perbankan, insuran, takaful dan pasaran modal

11) Kredit komuniti (pajak gadai sahaja)

12) E-dagang dan teknologi maklumat

13) Pengeluaran, penyulingan, penyimpanan, pembekalan serta pengagihan bahan api dan pelincir

14) Hotel dan penginapan (hanya bagi tujuan kuarantin, pengasingan, pekerjaan bagi perkhidmatan perlu dan bukan tujuan pelancongan)

15) Pembinaan, penyelenggaraan dan pembaikan kritikal

16) Perkhidmatan perhutanan (terhad kepada penguatkuasaan) dan hidupan liar

17) Logistik yang terhad kepada penyampaian perkhidmatan perlu

Bagi sektor perkilangan pula hanya 12 perkhidmatan penting dibenarkan dengan kapasiti pekerja hanya 60 peratus sahaja.

Pembuatan

1) Aeroangkasa (komponen dan maintenance, repair and overhaul - MRO)

2) Makanan dan minuman

3) Bahan pembungkusan dan percetakan hanya berkaitan bahan makanan dan kesihatan

4) Barang-barang dan penjagaan diri, dan bahan pencuci

5) Keluaran penjagaan kesihatan dan perubatan termasuk penokok diet

6) Barang penjagaan diri, peralatan perlindungan diri (PPE) termasuk sarung tangan getah dan peralatan

keselamatan kebakaran

7) Komponen bagi peranti perubatan

8) Elektrikal dan Elektronik (kepentingan rantaian ekonomi global)

9) Minyak dan gas (Oil and Gas) termasuk petrokimia dan produk petrokimia

10) Mesin dan peralatan hanya berkaitan kesihatan dan makanan sahaja

11) Tekstil untuk pengeluaran PPE sahaja

12) Pengeluaran, penyulingan, penyimpanan, pembekalan dan pengagihan bahan api dan pelincir

Baca juga 3 Kes Covid-19, Perdana Menteri New Zealand Arahkan ‘Lockdown’ Tiga Hari

Pertanian, Perikanan, Penternakan, Perladangan dan Komoditi

1) Pertanian, perikanan dan penternakan serta rantaiannya (contohnya kedai yang menjual baja

dan racun/kilang memproses buah sawit adalah dibenarkan untuk beroperasi)

2) Perladangan dan komoditi serta rantaiannya (kelapa sawit, getah, lada dan koko)

3) Pembinaan

- Kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan kritikal

- Kerja-kerja pembinaan infrastruktur awam yang utama

- Kerja-kerja pembinaan bangunan yang menyediakan penginapan pekerja yang lengkap di tapak bina atau pekerja yang ditempatkan di Kuarters Pekerja Berpusat (CLQ).

Perdagangan Pengedaran

1) Kompleks membeli-belah ditutup kecuali hanya premis, pasar raya, pasar raya besar yang mempunyai seksyen makanan dan minuman, keperluan asas, kedai farmasi, penjagaan diri, kedai serbaneka, mini mart

dan restoran untuk bawa pulang dan penghantaran ke rumah.

2) Pasar raya, pasar raya besar, kedai farmasi, penjagaan diri, kedai serbaneka, mini mart dan

kedai runcit serta departmental store dibuka terhad kepada seksyen makanan, minuman dan keperluan asas sahaja

3) Restoran, gerai-gerai serta outlet makanan

4) Dobi (termasuk layan diri)

5) Kedai penjagaan haiwan dan makanan haiwan

6) Kedai cermin mata dan barang optik

7) Kedai hardware

8) Bengkel kenderaan, penyelenggaraan dan alat ganti

9) E-dagang (semua kategori produk)

10) Pemborongan dan pengedaran (semua kategori produk perkhidmatan perlu sahaja)

Semasa ‘total lockdown’ ini, semua surat kebenaran perjalanan untuk bekerja yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) adalah terbatal mulai 1 Jun ini.

Bagi korang yang perlu bekerja atau perniagaan korang termasuk dalam 17 kategori ini korang perlu mendapatkan surat daripada Jabatan Sumber Manusia syarikat atau menggunakan surat kebenaran bekerja yang dikeluarkan kementerian masing-masing. Tindakan ini berdasarkan senarai segmen ekonomi yang dibenarkan beroperasi.

Sebagai contoh, untuk sektor berkaitan pertanian, korang perlu mendapatkan surat kebenaran bekerja daripada Kementerian Pertanian. Untuk maklumat lanjut, korang boleh merujuk pada laman portal kementerian yang berkaitan.

Diharapkan dengan langkah ini, pergerakan dalam komuniti dapat dikurangkan, sekaligus menurunkan kadar penularan wabak Covid-19. Jangan lupa korang ‘self lockdown’ juga di rumah bersama keluarga, keluar hanya bila perlu dan sentiasa berwaspada. #kitajagakita.

Sumber: Majlis Keselamatan Negara

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca