Penuh sampah, pengunjung, 'port' cantik bergambar dengan kapal terbang ditutup

A
A
A

BARU-BARU ini tular di media sosial satu port cantik untuk dikunjungi dan bergambar berdekatan Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.

Port tersebut dikatakan penuh dengan kehadiran pengunjung lebih-lebih lagi pada hujung minggu.

Mana tidaknya, ramai yang tidak mahu terlepas peluang untuk bergambar bersama kapal terbang yang mahu mendarat dengan jarak sangat dekat.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Penuh sampah, pengunjung, 'port' cantik bergambar dengan kapal terbang ditutup Foto Twitter Malaysia Airports

Namun setelah tempat cantik itu dibanjiri orang ramai, tular pula video kawasan itu kini ditutup oleh pihak pengurusan Malaysia Airports.

Menurut perkongsian pengguna Facebook Are Peace, kawasan tersebut ditutup atas faktor keselamatan dan juga lambakan sampah yang ditinggalkan oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Menurutnya, hanya kawasan yang menjadi tumpuan ramai itu ditutup dan jalan utama di kawasan itu masih dibuka.

Akan tetapi, viewing deck di situ masih dibuka dan korang yang mahu melihat kapal terbang boleh ke sana kerana tempat lebih selamat.

"Tempat yang tutup tu adalah tempat viral seperti dalam video itu sahaja... Kalau siapa yang pernah pergi akan tahu sebab dekat area situ ada dua, tiga tmpat yang jadi tumpuan orang ramai jadi tempat yang di dalam video saya sahaja yang ditutup," ujarnya.

Penuh sampah, pengunjung, 'port' cantik bergambar dengan kapal terbang ditutup Foto Internet

Perkongsian tersebut mendapat perhatian netizen dan rata-ratanya yang belum sempat berkunjung berasa sedih dek penutupan tersebut.

Malah, ada warga maya menzahirkan rasa marah kepada pengunjung lokasi itu kerana membuang sampah merata-rata tempat.

Dalam pada itu juga ada yang bersetuju kawasan terbabit ditutup kerana ada pengunjung yang meletak kenderaan di bahu jalan yang merbahayakan pengguna jalan raya lain.

Ujar mereka;

"Datang bawak makanan, sampah letak merata. Ha ambikla... dah tutup dah."

"Saya pergi sebelum viral. Memang best view tengok kapal terbang berlepas."

Baca juga Lahir di Denmark, keeper KL City, Kevin Ray Mendoza Hansen jadi sebutan ramai

"Elok je dulu-dulu pergi situ ramai tak ada masalah pun. Dahla favorite spot nak tengok kapal terbang tu."

"Viewing deck ada. Pi lajak depan lagi. Situ lagi selamat. InsyaAllah"

"Baru plan nak pergi, dah tutup pulak. Korang ni semua punca betullah!"

Itulah, sepatutnya kita sama-sama jaga kebersihan walau di mana pun berada.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca