KEADAAN cuaca semasa berubah sejak akhir-akhir ini memberikan pelbagai kesan buruk termasuk bencana banjir kilat dan tanah runtuh.

Selepas bergelut pelbagai cabaran Monsun Timur Laut sejak 3 November tahun lepas, Malaysia dijangka akan berhadapan fasa peralihan monsun bermula Isnin ini (14 Mac 2022) sehingga pertengahan Mei.

Baca juga: Waspada! La Nina Berterusan Hingga Mei, Angin Kencang, Hujan Lebat Dijangka Di Pantai Timur, Sabah, S’wak

Menerusi perkongsian di laman sosial Twitter rasmi, Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Muhammad Helmi Abdullah dalam kenyataannya berkata rantau negara dijangka akan menerima tiupan angin lemah dari pelbagai arah.

Situasi berkenaan dikatakan yang amat sesuai bagi kejadian ribut petir, hujan lebat serta angin kencang dalam jangka masa yang singkat.

“Kejadian ini berlaku terutama pada waktu petang dan awal malam di kebanyakan kawasan di negeri-negeri di pantai barat dan pedalaman Semenanjung, barat Sabah serta barat dan tengah Sarawak,” katanya.

Dalam pada itu, Muhammad Helmi menasihati orang ramai untuk lebih berwaspada kerana peralihan monsun berpotensi menyebabkan banjir kilat dan mengakibatkan kerosakan struktur yang tidak kukuh.

Orang ramai juga diingatkan supaya sentiasa peka dengan ramalan dan amaran cuaca yang dikeluarkan MetMalaysia melalui laman web rasmi, aplikasi myCuaca dan media sosial rasmi serta hubungi Hotline 1-300-22-1638 bagi sebarang pertanyaan lanjut.

Baca juga: [VIDEO] Idea’ genius’ elak air banjir masuk rumah tular, guna kaca gentian hadang pintu

SARANAN KETIKA RIBUT PETIR

Iklan

Lakukan tujuh langkah ini untuk mengelakkan kejadian tidak diingini ketika ribut petir:

  • Elakkan berada di kawasan lapang.
  • Jangan berlindung atau parkir kenderaan di bawah pokok.
  • Jangan sentuh objek seperti besi, barang atau kabel elektrik.
  • Jauhi struktur yang tidak stabil dan kukuh.
  • Waspada kehadiran kepala air di kawasan air terjun atau sungai.
  • Jauhi kawasan yang mudah dinaiki air.
  • Hindari aktiviti rekreasi atau luar rumah.

Iklan

3 INFO PERALIHAN MONSUN

  1. Peralihan Monsun adalah tempoh peralihan antara dua monsun utama iaitu Monsun Barat Daya dan Monsun Timur Laut.
  2. Ribut petir dan hujan lebat berserta angin kencang dalam jangka masa yang singkat pada petang hingga awal malam kerap berlaku sehingga boleh mengakibatkan kejadian banjir kilat.
  3. Peralihan monsun boleh menyebabkan terjadinya banjir kilat, tanah runtuh, belalai air atau darat serta hujan batu.

Justeru, dinasihatkan semua berwaspada dan berhati-hati.

Baca juga: Awas! 8 negeri ini berpotensi dilanda puting beliung, berikut 6 fakta anda perlu tahu

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI