BUNGA segar atau fresh flowers salah satu elemen hiasan yang menjadikan suasana dalam rumah lebih bermaya dan menaikkan mood penghuni.

Baunya yang wangi dan warna serta rupa bentuk yang indah sungguh mempesonakan.

Tak hanya itu, dalam satu kajian yang dijalankan juga mendapati ia dapat mengurangkan stres.

Namun, ramai mengelak daripada membeli bunga segar kerana ia tidak mampu bertahan lama.

Jika anda peminat fresh flower, masalah ini boleh diatasi dengan menggunakan petua ini.

Baca juga: Buat sendiri pasu bunga, kos murah tapi hasil nampak mahal

Kredit foto: Freepik

Tip daripada pengguna laman sosial Tiktok Shida Shoda yang juga bekas penuntut hortikultur ini boleh dicuba.

Dalam video yang dimuat naik, Shida berkongsi hanya dua bahan diperlukan untuk menjamin kesegaran fresh flower anda.

Bahan
30 gram gula
250 ml air kosong
Vas atau pasu

Langkah penyediaan
1-Masukkan gula dan air ke dalam gelas. Kacau sehingga gula larut.
2-Tuangkan ia ke dalam pasu.
3-Ambil bunga segar anda dan potong menyerong bahagian bawah batangnya.
4-Letakkan fresh flower ke dalam pasu atau vas berisi air tadi.
5-Siap!

Menurut Shida, bunga tersebut tidak perlu diletakkan di bawah cahaya matahari dan penambahan gula akan menambah jangka hayat bunga bergantung kepada jenisnya.

Jika anda tidak mempunyai gula, boleh menggunakan minuman berkarbonat Sprite kerana ia memberikan efek yang sama.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: DIY baja campuran tiga jenis bahan, pokok hiasan lebat berbunga, siram setiap hari

Kredit foto: Freepik

6 KELEBIHAN BUNGA SEGAR DALAM DEKORASI KEDIAMAN

Bunga sangat cantik dipandang, berbau harum dan rupanya sangat menarik. ia sangat sesuai menjadi aksesori untuk mana-mana ruang dalam kediaman.

Berikut adalah kelebihan bunga segar:

1. Pelengkap hiasan sedia ada
Jika bilik anda sudah mempunyai hiasan yang bertenaga, menambah pasu penuh dengan bunga segar boleh meningkatkan rupa keseluruhan ruang anda.

Iklan

2. Meningkatan tahap Kesihatan
Dalam satu penyelidikan yang mengkaji kesan tumbuhan di bilik hospital, penyelidik mendapati pesakit di dalam bilik dengan tumbuhan memerlukan kurang ubat, mengalami kurang keletihan dan memerlukan masa pemulihan yang lebih singkat.

3. Mengurangkan tekanan
Kebanyakan orang sentiasa mencari produk dan aksesori yang akan membantu mereka mengurangkan tekanan dengan berkesan. Jangan cari lagi kerana bunga berupaua menghilangkan tekanan yang tidak dijangka.

Kajian penyelidikan mendapati bahawa linalool iaitu bau manis yang terdapat dalam lavender mendorong kesan menenangkan pada otak.

4. Ruang yang lebih mengalu-alukan
Jika ruang rumah terasa kusam atau tidak menarik, sepasu bunga sangat membantu. Sejambak bunga segar yang berona terang menaikkan seri ruang walaupun kurang pencahayaannya.

5. Kesan psikologi positif

Kajian yang dijalankan oleh Universiti Harvard mendapati kehadiran bunga memberi impak kepada mood. Peserta kajian didapati lebih berempati dan bahagia berbanding dengan mereka yang tidak.

Iklan

Oleh itu, jangan rasa bersalah atau berkira-kira kerana membeli sejambak bunga. Anda mungkin akan lebih bahagia dan gembira dengannya.

Sumber: Shida Shoda, Clutter.com

Kredit foto utama: Freepik

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!