Petugas PPV diminta rehat jika penat, elak insiden suntikan picagari kosong

A
A
A

DAKWAAN berkaitan suntikan picagari kosong vaksin Covid-19 yang tular baru-baru ini mengejutkan pelbagai pihak.

Difahamkan kes itu berlaku di tiga Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Sungai Petani, Kedah; Bangi, Selangor dan Kuala Lumpur.

Kementerian Kesihatan (KKM) tidak menolak kemungkinan tiga kes individu dikatakan disuntik picagari kosong berpunca daripada keletihan barisan hadapan yang bertugas.

Memetik laporan portal berita tempatan, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali, menyarankan semua petugas di PPV agar memaklumkan keadaan diri masing-masing sekiranya kepenatan dan berasa perlu mendapatkan rehat secukupnya sebelum menyambung tugas.

Foto: Facebook JKJAV

"Kita lakukan kerja dengan bersungguh-sungguh, tetapi apabila sudah letih kita perlu beritahu supaya dapat 'direhatkan'. Jika terus bertugas dalam keadaan letih, maka berlakulah hasil kerja tidak produktif atau terbaik.

"Dalam isu ini, ia membabitkan nyawa orang lain, jadi kita perlu bercakap dan berkongsi mengenai masalah dihadapi, jangan diam saja, sebaliknya minta untuk direhatkan jika letih,” katanya pada lawatan kerja ke PPV Awam Dewan Majlis Perbandaran Kuala Kangsar, Perak.

Selain itu, beliau turut memaklumkan akan menggerakkan petugas dari PPV kurang sibuk ke PPV yang sibuk bagi mengatasi masalah seumpama itu.

"Benar, sememangnya kita juga 'stress' (tertekan) berkaitan masalah sumber manusia, namun KKM sentiasa berfikir dan dinamik antaranya akan 'mobilize' (menggerakkan) petugas dari tempat (PPV) kurang sibuk ke PPV yang sibuk," jelas beliau.

Baca juga Pandang Picagari, Minta Petugas Tunjuk Jarum Selepas Suntik Vaksin Covid-19

Foto: Facebook JKJAV

Ternyata KKM prihatin akan situasi petugas dan sukarelawan. Justeru, masing-masing perlu saling proaktif dalam menangani masalah ini.

Orang awam juga disarankan untuk melihat picagari sebelum dan selepas proses vaksinasi dilakukan.

Langkah-langkah ketika mendapatkan suntikan vaksin Covid-19:

- Pandang picagari semasa disuntik

- Minta petugas tunjukkan jarum suntikan vaksin.

- Minta petugas nyatakan kuantiti (ml) vaksin.

- Minta petugas tunjukkan jarum suntikan yang kosong selepas disuntik.

- Ucap terima kasih.

Foto: FB JKAJV

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca