BERIKUTAN jumlah jangkitan semakin meningkat di Sabah, hari ini kerajaan atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memutuskan untuk laksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPBD) secara pentadbiran.

Empat daerah tersebut adalah Lahad Datu, Tawau, Kunak dan Semporna.

KKM hari ini mengesahkan mengesahkan terdapat 1,195 kes positif jangkitan Covid-19 di daerah Lahad Datu, Tawau, Kunak dan Semporna dalam tempoh 1 hingga 27 September 2020.

Daripada jumlah itu Lahad Datu merekodkan 241 kes, Tawau (634 kes), Kunak (65 kes) dan Semporna (255 kes).

PKPDB secara pentadbiran ini akan berkuatkuasa mulai 12.01 tengah malam ini, 29 September sehingga 12 Oktober 2020 dan akan melibatkan seramai 962,661 orang penduduk.

Artikel berkaitan: Sejarah Jalan Raja Laut 1 yang mungkin ramai tak tahu, kini tukar jadi Jalan Palestin

Pelaksanaan PKPDB ini bagi membendung jangkitan dan penularan COVID-19 dalam daerah tersebut serta membolehkan aktiviti pengesanan kes secara bersasar dilaksanakan sepanjang tempoh 14 hari.

Dengan pelaksanaan perintah ini :

  • Semua penduduk tidak dibenarkan keluar dari kawasan PKPDB sepanjang tempoh perintah dikuatkuasakan.
  • Bukan penduduk dan pelawat tidak dibenarkan masuk ke empat daerah terlibat sepanjang tempoh perintah dikuatkuasakan.
  • Semua aktiviti perniagaan dihentikan kecuali premis barangan keperluan dan perkhidmatan (essentials) di empat daerah terlibat.
  • Pengkalan Perubatan (Medical Base) akan dibuka di kawasan PKPDB.
  • Semua laluan keluar masuk kawasan PKPDB ditutup.

Bagi memastikan pematuhan perintah ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Pihak Berkuasa Tempatan dan pegawai yang diberi kuasa, akan mengawal seluruh kawasan terlibat.

Iklan

Bagi pelaksanaan perintah ini, semua penduduk diminta untuk bertenang dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada petugas-petugas dari KKM serta mematuhi semua arahan pihak berkuasa.

Penduduk yang memerlukan bantuan atau mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian khas Ibu Pejabat Polis Daerah seperti berikut :

Iklan

Lahad Datu : 089-881255
Tawau : 089-752222
Kunak : 089-851222
Semporna : 089-782020

Sumber: FB Ismail Sabri Yaakob