PSK harumkan Malaysia di Korea Selatan, bukti Program PERMATA Seni mampu bina bakat, perkasa seni budaya

A
A
A

KEJAYAAN demi kejayaan yang dicapai menerusi pelaksanaan Program PERMATA Seni membuktikan kesungguhan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) memperkasakan seni budaya dalam jiwa anak muda di negara ini.

Pencapaian yang paling utama pada tahun ini dicatatkan oleh PERMATA Seni Koir (PSK) yang membanggakan negara apabila memperoleh Anugerah Emas dalam kategori Folklore with Accompaniment sempena Pertandingan Koir Dunia 2023 yang berlangsung di Gangneung, Korea Selatan pada Julai lalu.

Dalam pertandingan itu, Malaysia diwakili seramai 33 peserta di bawah pimpinan Datuk Syafinaz Selamat selaku Ketua Konduktor Koir selepas bersaing dengan tujuh kumpulan hebat dari pelbagai negara.

Antara negara yang menyertai pertandingan itu ialah Jepun, China, Korea Selatan, Burkina Faso, Afrika Selatan.

Kejayaan itu merupakan yang kedua membabitkan peserta Program PERMATA Seni selepas Malaysia berjaya memperoleh Anugerah Perak bagi kategori Pop-Open Compeititon dalam

pertandingan yang sama.

Program PERMATA Seni PERSEMBAHAN kreatif daripada peserta PSK pimpinan Syafinaz dalam Pertandingan Koir Dunia 2023 di Korea Selatan pada Julai lalu.

Kejayaan Malaysia merangkul dua pingat di pertandingan bertaraf antarabangsa itu sekali gus mencatatkan pencapaian besar negara khususnya kepada JKKN yang menyelaras serta

memartabatkan seni budaya tempatan di negara ini.

Menurut Ketua Pengarah JKKN, Mohd Amran Mohd Haris, program kesenian seperti mana dengan program-program pembangunan yang lain, ia perlu dibimbing, dipupuk dan dirancang secara tersusun menerusi aktiviti-aktiviti khusus melibatkan asuhan, bimbingan serta latihan.

“Pencapaian cemerlang bakat seni di persada antarabangsa adalah satu tanggungjawab yang menuntut komitmen penuh daripada semua pihak.

“Komitmen ini penting supaya generasi hari ini terus mewarisi seni budaya warisan bangsa,” katanya yang turut berharap semua pihak dapat memainkan peranan memelihara kesenian budaya yang pelbagai di negara ini.

 

Tambah Mohd Amran, pihaknya secara berterusan sentiasa melaksanakan usaha pemeliharaan kesenian tempatan dengan menyerakkannya pelbagai aktiviti.

Usaha itu katanya turut mempunyai cabaran, lebih-lebih lagi dengan akses hiburan tanpa sempadan menerusi pelbagai rangkaian televisyen dan media-media sosial dari luar negara.

Baca juga ‘Harumkan nama negara, raih anugerah antarabangsa.’ Alena Murang satukan bangsa menerusi muzik dan seni

Sungguhpun begitu, JKKN menurut beliau tetap mempergiatkan usaha menanam minat kepada golongan belia tempatan untuk mendalami warisan kesenian melalui program dan aktiviti yang dijalankan termasuk mengadakan kolaborasi dengan negara-negara di rantau Nusantara.

Antara contoh kolaborasi dijalankan ialah dengan Universitas Gadjah Mada (UGM), Yogyakarta, Indonesia telah mana JKKN telah berjaya melaksanakan Program Integrasi Seni Serumpun Malaysia - Indonesia 2023 pada 8 Ogos sehingga 2 September lalu.

Program PERMATA Seni GAYA para peserta PST ketika mengadakan latihan semasa Program Integrasi Seni Serumpun Malaysia - Indonesia 2023 .

“Kolaborasi itu yang diselaraskan Bahagian Bimbingan Seni Budaya, JKKN ini antara kesungguhan kami melestarikan seni budaya negara melalui penglibatan PERMATA Seni Tari (PST) di peringkat antarabangsa,” jelas beliau yang mana kolaborasi itu turut mendapat sokongan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Melihat daripada usaha JKKN dan KPM menjalin perkongsian seni budaya bersama UGM, ia merupakan platform terbaik kepada para peserta dan para pegawai untuk mempelajari serta berkongsi idea dengan rakan-rakan dari negara berkenaan.

Baca juga Wakil tunggal Asia, Asyraf Dasley harumkan nama Negara di pentas dunia

Fakta menarik tentang Program PERMATA Seni, ia merupakan program berbentuk asuhan dan bimbingan khusus bagi melatih kanak-kanak yang berbakat dalam bidang seni.

Program tersebut terdiri daripada tiga komponen utama iaitu seni koir, muzik dan tari. Setiap komponen terbahagi kepada dua kategori mengikut umur bagi memudahkan proses latihan.

Dua kategori itu ialah PERMATA Seni yang memfokuskan peserta berumur enam hingga 12 tahun manakala PERMATA Seni Remaja untuk mereka berusia 13 hingga 18 tahun.

Program PERMATA Seni ANTARA peserta yang terlibat menjayakan Program Integrasi Seni Serumpun Malaysia - Indonesia 2023 yang diadakan pada 8 Ogos sehingga 2 September lalu.

Pada asasnya, Program PERMATA Seni telah dilancarkan pada tahun 2010 dan ditadbir urus oleh JKKN. Kemudiannya, program ini dijenamakan kepada Genius Seni pada tahun 2018.

Bagaimanapun, nama program itu dikembalikan semula kepada Program PERMATA Seni pada 2 Ogos lalu atas saranan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Untuk maklumat dan keterangan lanjut mengenai program JKKN, orang ramai boleh melayari media sosial JKKN melalui pautan www.facebook.com/mysenibudaya atau melayari laman web JKKN, https://www.jkkn.gov.my/.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca