Ramai jadi geng TikTok, cara mudah tambah rezeki dalam bulan Ramadan

A
A
A

BULAN Ramadan dah dekat, agaknya pasti lebih ramai lagi yang akan jadi geng TikTok selepas ini berbanding tahun lepas.

Eh jangan kata TikTok melalaikan sebab semuanya terletak pada pengguna itu sendiri. Ada yang gunakan TikTok ini sebagai tempat untuk menambah rezeki tau.

Buktinya, menurut Pengurus Pemasaran Komunikasi TikTok Asia Tenggara, Imran Khan, kajian yang dilakukan oleh TikTok mendapati hasil yang mengejutkan iaitu pengguna di Malaysia ‘spend time’ dalam talian hampir 3.5 bilion minit pada bulan Ramadan.

Bukan sahaja untuk mempromosikan produk masing-masing tetapi juga untuk meraikan kedatangan Ramadan dan hari raya. Wow terbaiklah!

“Sudah setahun kita menyesuaikan diri dengan norma baharu. Namun, kita dapat lihat bahawa jiwa Ramadan terus kekal hidup walaupun penjarakan sosial dan peraturan kawalan pergerakan di seluruh negara dikuatkuasakan.

“Orang ramai tetap terus ke dalam talian untuk meraikan Ramadan dan Hari Raya. Semangat persahabatan dan bersatu hati yang sama juga dilihat dalam kalangan pelbagai komuniti TikTok melalui cabaran seperti #kongsikebaikan, di mana pengguna TikTok mengaspirasikan semangat yang kuat untuk menyumbang semula kepada komuniti,” katanya.

Ketika musim Ramadan lalu juga, pengguna yang ‘join’ dalam TikTok secara purata naik sebanyak 12.5 peratus dan 52 peratus daripadanya kata mereka banyak tahu tentang produk baharu melalui iklan video jenama di TikTok. Maknanya aplikasi ini memang terbaik untuk orang berniaga kalau nak ‘promote’ barang atau produk mereka.

Tambah Imran Khan, apa yang menarik ialah 61 peratus daripada pengguna TikTok rasa bahawa pengiklanan melalui platform tersebut adalah unik manakala 67 peratus setuju bahawa TikTok memang banyak bantu mereka mendapatkan idea tentang jenama atau produk yang mereka tidak pernah terfikir sebelum ini.

“Kami melihat penglibatan pengguna pada tahap yang tinggi di TikTok. 90 peratus daripada pengguna TikTok pernah melihat iklan-iklan di TikTok dan lebih daripada separuh (56 peratus) daripada mereka melakukan carian untuk maklumat yang lebih lanjut tentang iklan yang baru sahaja ditontoni.

“Penglibatan pengguna meningkat sebanyak 43 peratus untuk jenama yang mengiklan, manakala 33 peratus bercakap tentang jenama mahupun produk bersama orang yang dikenali. Ini menunjukkan iklan-iklan ini mempunyai impak yang ketara terhadap komuniti di TikTok,” katanya.

Kata Imran lagi, penyumbang besar kepada tahap penglibatan yang tinggi di TikTok boleh dikaitkan dengan hakikat bahawa 92.3 peratus daripada pengguna tidak menggunakan skrin kedua ketika di TikTok, menambahkan lagi kepakaran mereka di platform tersebut.

“Ini menawarkan peluang kepada jenama-jenama untuk berhubung dengan para ‘follower’ mereka dengan lebih mendalam lagi.

“Sebabnya mudah sekali. Iklan-iklan sepatutnya menggembirakan dan mengasyikkan dan ini dapat dilihat secara ketara di TikTok, di mana iklan berprestasi terbaik seringnya memberikan pengguna kandungan yang berguna, tulen, menghiburkan dan yang berunsur pendidikan.”

TikTok memang beri peluang kepada semua orang, jenama atau tak kisah jenis bisnes macam mana; besar ke, sederhana ke atau kecil. Semua boleh guna platform ini untuk jual iklan produk masing-masing.

Oleh sebab lebih daripada 98 peratus perniagaan di Malaysia terdiri daripada geng bisnes PKS, TikTok mungkin merupakan pilihan terbaik bagi golongan ini dalam ekonomi semasa.

“Dengan TikTok for Business, jenama besar dan kecil diberikan sumber untuk diterokai dan berhubung dengan komuniti umum di sekeliling mereka.

“Mereka akan mendapati bahawa ianya akan menjadi lebih mudah untuk berhubung secara selamat, positif dan mendalam dengan komuniti Tiktok.

Baca juga Simpan Air Secukupnya! Gangguan Air 68 Jam Di Selangor Dan KL April Ini

“Ini memberikan peluang unik bagi para jenama dan perniagaan untuk bertindak secara kontemporari dan menunjukkan kreativiti mereka dalam berhubung dengan komuniti digital generasi hari ini,” jelas Imran.

Maklumat lebih lanjut boleh didapati di https://www.tiktok.com/business/ms

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca