BILANGAN perkahwinan penduduk negara ini merekodkan penurunan sebanyak 0.5 peratus iaitu 214,824 pada tahun 2022 berbanding tahun sebelumnya, 215,973.

Selain itu. laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) itu juga turut mendedahkan bilangan penceraian melonjak sebanyak 43.1 peratus yang mana jumlah penceraian pada tahun 2022 adalah 62,890 berbanding 43,936 pada tahun 2021.

Selain itu, berikut 20 info berkaitan:

1-Penurunan bilangan perkahwinan ini disumbangkan oleh penurunan 4.1 peratus bilangan perkahwinan orang Islam 168, 726 pada 2022 berbanding 17,002 pada tahun 2021.

2-Tiga buah negeri yang menunjukkan penurunan tertinggi perkahwinan orang Islam adalah Wilayah Persekutuan (19.6 peratus) diikuti Perak (12.8 peratus) dan Terengganu (11.3 peratus).

3-Sebaliknya bilangan perkahwinan orang bukan Islam pula merekodkan peningkatan sebanyak 15.3 peratus iaitu daripada 39,971 pada 2021 kepada 46,098 pada tahun 2022.

Gambar hiasan (Kredit foto: Pexels)

4-Tiga buah negeri yang mencatat peningkatan perkahwinan orang bukan Islam ialah Terengganu 40.0 peratus, Johor 26.6 peratus dan Negeri Sembilan 21.1 peratus.

5-Usia pengantin lelaki kekal pada usia 28 tahun namun pengantin penengah pengantin perempuan meningkat kepada umur 27 tahun berbanding 26 tahun pada tahun 2021.

6-Pada tahun 2022, hampir tujuh peratus daripada jumlah perkahwinan di antara pengantin lelaki dan perempuan yang berbeza kumpulan etnik. Perkahwinan antara etnik menurun 15.4 peratus iaitu 16,346 pada tahun 2021 kepada 13,833.

7-Perkahwinan tertinggi penduduk di negara ini tertinggi bagi kumpulan usia 25 hingga 29 tahun.

8-Usia pengantin lelaki dan perempuan paling tua direkodkan ialah 92 tahun dan 86 tahun.

9-Fakta mengejutkan, 2.9 peratus pengantin lelaki berumur 65 tahun ke atas telah mengahwini pengantin perempuan yang lebih muda dalam kumpulan umur 24 tahun ke bawah.

10-Tak hanya itu, 3.5 peratus pengantin perempuan berusia 65 tahun dan lebih telah berkahwin dengan lelaki yang berumur 24 tahun dan ke bawah.

Baca juga: Laku 10 tahun sahaja, sijil kursus kahwin ada tarikh luput mulai 1 Oktober, 5 info perlu tahu

Baca juga: ‘Lambat sangat tunggu dia ajak kahwin, meh saya yang melama’, Elyana kongsi detik lamar suami

Baca juga: Pesanan mak pengantin paling deep, ini trend majlis kahwin zaman sekarang siap dengan rakaman suara

Gambar hiasan (Kredit foto: Pexels)

11-Daerah Petaling, Selangor menjadi daerah yang mencatat perkahwinan tertinggi bagi orang Islam dan bukan Islam pada tahun 2022.

12-Bercakap mengenai statistik penceraian 2022, ia meningkat kepada 62,890 berbanding 43,936 bagi tahun 2021.

13-Penceraian orang Islam mencatatkan peningkatan 45.8 peratus pada 2022 (46,138) berbanding 2021 (31,650). Peningkatan ini disebabkan kes yang dibawa ke hadapan daripada tahun sebelumnya.

14-Tidak hanya itu, penceraian orang bukan Islam turut meningkat 36.4 peratus iaitu 12,286 pada 2021 kepada 16,752 tahun 2022.

15-Tiga negeri yang mencatatkan peningkatan tertinggi bilangan perceraian orang bukan Islam iaitu Wilayah Persekutuan Putrajaya (500 peratus) diikuti Johor (61.5 peratus) dan Melaka (59 peratus).

16-Perceraian tertinggi adalah pada kumpulan umur 35-39 tahun bagi pengantin lelaki, manakala pengantin perempuan adalah pada kumpulan umur 30-34 tahun.

Gambar hiasan (Kredit foto: Freepik)

17-Selari dengan peningkatan bilangan perceraian, kadar perceraian am menunjukkan peningkatan bagi lelaki daripada 6.1 pada 2021 kepada 8.7 pada tahun 2022 bagi setiap seribu penduduk lelaki berumur 18 tahun dan lebih yang berkahwin.

18-Trend yang sama juga direkodkan bagi perempuan, meningkat daripada 6.2 pada 2021 kepada 8.9 pada tahun 2022 bagi setiap seribu penduduk perempuan berumur 16 tahun dan lebih yang berkahwin.

Iklan

19-Kadar perceraian am meningkat bagi Ielaki Islam daripada 7.1 pada tahun 2021 kepada 10.4 bagi setiap seribu penduduk lelaki Islam berumur 18 tahun dan lebih yang berkahwin pada 2022.

20-Kadar perceraian am bagi perempuan Islam turut mencatatkan peningkatan daripada 7.3 pada 2021 kepada 10.6 bagi setiap seribu penduduk perempuan Islam berumur 16 tahun dan lebih yang berkahwin pada tahun 2022.

Warga maya meluahkan kebimbangan berkaitan kadar penceraian yang meningkat di Malaysia. Tidak kurang memberikan pelbagai reaksi sinis berkaitan statistik di atas.

– “Pengamal media juga perlu mengambil tanggungjawab sosial untuk menghebahkan berita ekosistem pembangunan keluarga yang lebih seimbang. Kekerapan berita genre santai berantakan rumah tangga artis dan selebriti yang dijaja menambahkan sentimen.”

– “Tahniah kepada pasangan yang berjaya kekal bersama sampai ajal datang menjemput. Bukan senang nak maintain zaman sekarang ni, banyak cabarannya.”

– “Aku salah seorang penyumbangnya . Bukan tak mahu kawin tapi adat pernikahan orang kita memang perlukan banyak duit, apakan daya.”

– “Single lebih bahagia.”

Iklan

– “Akhir zaman ni orang perempuan penat nak kahwin, baik single. Urus hidup diri sendiri jer. Kalau kahwin semua tanggunggjawab atas bahu isteri. Tak tahu siapa sebenarnya ketua keluarga, lelaki qawwam is rare.”

– “Penceraian menjadi trend sekarang ini, pasangan nampak peluang lebih baik jika bercerai disebabkan lihat kehidupan orang lain selepas bercerai di media sosial. Sebenarnya kebahagian bukan diukur dengan apa yang kita ada, tapi diukur betapa bersyukurnya kita.”

– “Tekanan kos sara hidup. Masalah kewangan punca penceraian.”

Sumber: DOSM, FB Sinar Harian 

Gambar utama: Pexels

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!