PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan terdapat peningkatan jumlah kenderaan di lebuh raya kendalian PLUS dalam tempoh akan datang susulan pengumuman oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani mengenai kebenaran pergerakan rentas negeri membabitkan tujuan kerja, perubatan, pendidikan dan kecemasan, tertakluk kepada syarat oleh pihak berkuasa.

Jelas Ketua Perhubungan Libat Urus Strategik PLUS, Syed Mohammed Idid Syed Ahmed Idid, PLUS akan terus komited untuk memastikan keselamatan dan keselesaan pelanggan terutama bagi mereka yang perlu melakukan perjalanan dalam tempoh terbabit.

Kawasan rehat dan rawat (R&R) PLUS terus beroperasi seperti biasa 24jam sehari (tertakluk kepada arahan Pihak Berkuasa Tempatan) dan seramai 600 usahawan tempatan di R&R kami bersedia memberikan perkhidmatan terbaik di sepanjang perjalanan anda.

 

R&R PLUS beroperasi seperti biasa, sedia berkhidmat untuk pelanggan lebuh raya

 

“Kami menjaga pelanggan di sepanjang perjalanan’, PLUS menasihatkan pelanggan lebuh raya untuk mendapatkan rehat setiap dua jam perjalanan untuk menyegarkan diri, menikmati juadah atau menggunakan kemudahan di R&R kami. Terdapat pelbagai pilihan makanan dan minuman yang enak dan menyegarkan yang disediakan di 29 R&R, 50 hentian sebelah dan restoran jejantas (OBR),” katanya selari dengan matlamat utama PLUS.

Menurut Hew Yen Chen, yang menjual nasi ayam dan mee wantan di Hentian Sebelah Nilai (Arah Selatan), “Bersempena dengan bulan Ramadan, kami berasa gembira untuk menyediakan pelanggan lebuh raya dengan hidangan istimewa kami, nasi ayam dan mee wantan yang panas dan menyelerakan untuk anda nikmati ketika berbuka puasa.”

 

R&R PLUS beroperasi seperti biasa, sedia berkhidmat untuk pelanggan lebuh raya

 

Sementara itu, menurut Norhasidah Sahal yang mengendalikan kedai serbaneka di R&R Pagoh (Arah Utara) yang menjual pelbagai makanan tempatan.

“Kami menjemput pelanggan untuk singgah ke R&R kami semasa perjalanan anda di lebuh raya untuk membantu serta menyokong perniagaan kami dengan membeli produk tempatan. Terdapat pilihan produk makanan tempatan yang disediakan seperti pelbagai jenis kerepek dan makanan tradisional sama ada sebagai cenderamata atau bekalan makanan di sepanjang perjalanan anda,” katanya.

 

R&R PLUS beroperasi seperti biasa, sedia berkhidmat untuk pelanggan lebuh raya

 

Iklan

Menurut Syed, pelanggan lebuh raya juga mempunyai pilihan untuk menikmati makanan di ruang medan selera di R&R atau membawa pulang makanan dengan menggunakan fungsi Pra-Pesanan yang terdapat di 21 R&R terpilih. Mereka boleh membuat pesanan lebih awal dengan lebih mudah dan selesa melalui Aplikasi PLUS yang boleh dimuat turun secara percuma.

Sepanjang pandemik Covid-19, PLUS sangat memahami keperluan pelanggan lebuh raya dan terus memberikan tahap perkhidmatan yang terbaik sambil menyokong pengusaha tempatan kami mengharungi kesan Covid-19.

 

R&R PLUS beroperasi seperti biasa, sedia berkhidmat untuk pelanggan lebuh raya

 

Iklan

Selain itu, PLUS juga membantu mempromosi produk peniaga kepada pelanggan lebuh raya untuk memberikan sokongan dan bantuan supaya mereka dapat meneruskan kelangsungan perniagaan mereka.

 

Baca Juga: Hanya 45 minit Jakarta-Bandung, kereta api laju jadi pilihan kaki travel