SAJIAN terbaik Astro, pilihan berganda buat pelanggan ASTRO sentiasa melangkah ke hadapan dengan menawarkan pelbagai pakej menarik demi menyajikan yang terbaik buat para pelanggannya, sekali gus memberi pilihan berganda di platform kegemaran ramai itu.

Pelanggan berpeluang untuk meneroka pek-pek baharu yang ditawarkan termasuk seleksi program  tempatan merangkumi hiburan, sukan dan sebagainya menerusi pek primary.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Menariknya, pilihan yang ditawarkan sesuai untuk tontonan seisi keluarga dengan kandungan program yang lebih  pelbagai, namun pada kadar atau nilai yang lebih berpatutan.

Tawaran ini turut dilengkapi dengan fungsi kawalan ibu bapa bagi memastikan kandungan ditonton sesuai untuk kanak-kanak.

Terkini, pelanggan dapat menikmati pengalaman baharu bersama Astro untuk strim Netflix menerusi Ultra Box dan akan datang di Ulti Box, selain menikmati lebih penjimatan menerusi
pek-pek langganan terbaharu yang diperkenalkan.

Ia juga merupakan pilihan terbaik untuk mengikuti kandungan hebat di  Astro yang merangkumi drama menarik dari Korea, program trending di Netflix, rancangan sukan eksklusif terbitan Astro dan seleksi program popular tempatan.

Antaranya seperti Squid Game, Maharaja Lawak Mega, Gegar Vaganza, Dukun Diva, rancangan sukan dan  banyak lagi kandungan yang berjaya mencetuskan fenomena serta cukup popular dalam kalangan peminat di Malaysia.

Sajian terbaik Astro, pilihan berganda buat pelanggan

Netflix boleh didapati menerusi pek Entertainment Plus, pek Premium  2 dan Platinum.

Daftar pakej Astro dan Broadband bersama pek Entertainment Plus untuk nikmati Netflix selama tiga bulan, tanpa bayaran tambahan. Dapatkan Broadband dari Astro untuk nikmati internet berkelajuan tinggi, sekali gus memudahkan pelanggan strim sajian kandungan Netflix dengan lebih lancar dan dapat ditonton secara terus di skrin masing-masing.

Iklan

Pelanggan bakal melalui sebuah pengalaman tontonan yang tiada tolok bandingnya di setiap skrin menerusi Ultra Box dan Ulti Box juga di Astro GO.

Selain itu, pelanggan juga dapat menikmati ciri tontonan menarik menerusi fungsi rakaman awan (cloud  recording) yang mampu merakam program kegemaran selama 200 jam!

Iklan

Baca juga Setelah kemarau panjang, warga wilayah ‘merasa’ cuti kelepasan am 3 Disember

Jangan tunggu lagi, buatlah pilihan terbaik untuk menikmati pek-pek baharu tersebut dengan kontrak perjanjian yang cukup fleksibel, sama ada tanpa kontrak atau kontrak 12 bulan dan 24 bulan.

Pengalaman Baharu Terhebat Astro itu diperkenalkan untuk menggalakkan pelanggan strim program kegemaran masing-masing di satu platform utama dan dalam satu bil sahaja. Daftar hari ini
di www.astro.com.my.

Nikmati lebih banyak pilihan dengan nilai hebat menerusi tawaran pek-pek baharu di Astro.

Tawaran pek baharu nilai untuk wang. Berikut ialah perbandingan antara pek lama dan baharu:

  • Perbandingan: pek lama (Super Pek)
  • Super Pek : RM160.06
  • Langganan Netflix Standard secara sendiri (standalone): RM45
  • Broadband 100Mbps secara sendiri (standalone): RM136.74
  • Jumlah: RM341.80
  • Menawarkan 125+ saluran
  • Termasuk Astro Go app, Disney+ Hotstar, HBO GO, TVB Anywhere+ (berserta SP3) dan Ultra Bos secara PERCUMA

Pek Baharu Astro (Pek Platinium) disertakan Netflix dan broadband

  • Pek Platinum : RM209.69
  • Pek baharu Astro disertakan broadband 100Mbps: RM136.74
  • Diskaun ‘Bundle’: RM41.34
  • Jumlah: RM302.09
  • Menawarkan 145+ saluran
  • Termasuk Astro Go app, Netflix Standard, Disney+ Hotstar, HBO GO, TVB Anywhere+ (berserta pilihan utama Cina) dan Ultra Bos secara PERCUMA

Dengan perbandingan antara pek lama dan pek baharu, para pelanggan kini boleh menikmati penjimatan sehingga RM39.71 sebulan!