Setelah kemarau panjang, warga wilayah 'merasa' cuti kelepasan am 3 Disember

01
01
A
A
A

UMUM maklum Kuala Lumpur City FC (KL City FC) telah mengakhiri kemarau 32 tahun sebaik muncul juara Piala Malaysia selepas membenam Johor Darul Takzim (JDT) 2-0, kelmarin.

Susulan kejuaraan dalam final TM Piala Malaysia 2021 tersebut, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim mengumumkan cuti kelepasan am tambahan bagi Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan pada Jumaat ini, 3 Disember 2021.

Katanya dalam satu kenyataan, pengisytiharan Hari Kelepasan Am Tambahan itu dibuat selaras dengan subseksyen 9(2) Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369) bagi Wilayah Persekutuan.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Ujar beliau lanjut, kemenangan KL City FC baru-baru ini juga merupakan pencapaian terbaik pasukan itu setelah 32 tahun penantian untuk menjuarai Piala Malaysia.

Kali terakhir pasukan bola sepak Kuala Lumpur memenangi Piala Malaysia pada tahun 1989.

KL City

Menjengah ke laman sosial, rata-rata warga tiga wilayah tersebut menyambut baik dan gembira dengan pengumuman tersebut.

Ujar mereka;

"Setelah kemarau panjang akhirnya! Syabas dan tahniah untuk KL City."

"Jaguh kampung kalau main luar tak tahu nak cakap. Tahniah KL City. Juara paling bergaya."

Baca juga Lahir di Denmark, keeper KL City, Kevin Ray Mendoza Hansen jadi sebutan ramai

"Patutnya cuti seluruh Malaysia kecuali Johor sebab yang sokong KL satu Malaysia, tak gitu..."

"Kedah, Terengganu, Kelantan turut bercuti Jumaat ni sempena kemenangan KL. Johor sekali."

"Seronoklah orang KL, Putrajaya dan Labuan... selamat bercuti semua."

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca