SANGAT membimbangkan! Semalam sahaja segara mencatatkan angka tertinggi kes baharu jangkitan Covid-19 sebanyak 6,075.

Pertambahan jumlah berkenaan menjadikan keseluruhan kes adalah sebanyak 485,496.

Berdasarkan rekod, Malaysia pernah merekodkan jumlah jangkitan Covid-19 tertinggi sebanyak 5,725 pada Januari 2021.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui ciapan Twitter memberitahu, situasi semasa Covid-19, hanya tujuh daerah zon kuning manakala tiada lagi zon hijau di Semenanjung.

Situasi itu diambil kira bagi daerah-daerah berdasarkan pergerakan 14 hari kes Covid-19 setakat 19 Mei 2021.

Ini bermakna, di seluruh Semenanjung, setiap daerah berada antara zon kuning, jingga atau merah sahaja.

Mengikut infografik dikongsikan KKM, di Semenanjung hanya Perlis tidak mempunyai daerah dalam zon merah dengan kes sebanyak iaitu dalam zon jingga.

Untuk petunjuk, zon hijau melibatkan tiada kes jangkitan Covid-19, zon kuning melibatkan satu hingga 20 kes, zon jingga melibatkan 21-140 kes dan zon merah pula 41 kes atau lebih.

Bagaimanapun, di Sabah terdapat tujuh daerah berada dalam zon hijau manakala Sarawak hanya lima daerah zon hijau dan Labuan (zon merah).

WHO ingatkan tahun kedua pandemik Covid-19 mungkin lebih sukar

Sementara itu, 46 kes kematian termasuk satu bukan warganegara akibat jangkitan Covid-19 dilaporkan semalam.

Ini menjadikan keseluruhan kematian akibat jangkitan Covid-19 di Malaysia berjumlah 2,040.

Iklan

Kekalkan daerah anda dalam zon hijau dan kurangkan kes jangkitan dengan mematuhi arahan Perintah Kawalan Pegerakan (PKP). Kekal duduk di rumah.

Baca juga “Bantu kami… frontliners penat, kelesuan. Lakukan 9 perkara asas”- Dr Noor Hisham

Iklan

Jika perlu keluar, pastikan ikut prosedur operasi standard (SOP) seperti kerap mencuci tangan, penjarakan fizikal satu meter dan sentiasa memakai pelitup muka.

Jaga diri, jaga keluarga. Amalkan ‘self lockdown’.