PENGGUNAAN terma negeri untuk Sabah dan Sarawak ditukar dengan menggunakan Wilayah Sabah dan Wilayah Sarawak berkuatkuasa serta-merta bermula 8 April 2021.

Menurut Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM), mereka sedang melaksanakan pertukaran nama cawangan bagi semua agensi di bawahnya di Sabah dan Sarawak.

Sumber KKMM berkata, pelaksanaan itu dilakukan susulan keputusan dan arahan diperoleh pada mesyuarat kabinet, semalam selepas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada awal bulan lalu, mengumumkan panggilan untuk Sabah dan Sarawak yang sebelumnya disebut sebagai negeri ditukar kepada wilayah serta-merta.

Katanya kepada portal PN BBC, kementerian sudah mengambil tindakan bagi meluaskan arahan pertukaran dibuat kerajaan ini susulan keputusan dan arahan Menyuarat Kabinet semalam.

Menurutnya, pihak KKMM sedang melaksanakan pertukaran membabitkan nama-nama cawangan agensi-agensi di bawah kementerian ini di kedua-dua wilayah terbabit.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai langkah sedang atau bakal dijalankan KKMM berhubung pertukaran panggilan untuk Sabah dan Sarawak.

Katanya, istilah baharu wilayah untuk Sabah dan Sarawak itu juga akan digunakan dalam laporan berita, termasuk di stesen televisyen kerajaan dan semua pihak berkaitan.

Dalam pengumumannya itu, Muhyiddin memaklumkan pertukaran terbabit adalah bagi memisahkan Sabah dan Sarawak daripada panggilan ‘negeri’ yang digunakan kepada negeri lain di Malaysia.

Sarawak dan Sabah kini digelar wilayah

Perdana Menteri berkata, panggilan wilayah itu akan digunakan kerana Sabah dan Sarawak adalah kawasan hebat, malah tidak boleh dianggap negeri kerana besar walaupun penduduknya tidak ramai.

Iklan

Baca juga Rebus pelitup muka sebelum memakainya kerana cacing halus? Itu tindakan yang mengarut kata doktor

Sabah dan Sarawak, katanya, memiliki kesatuan dalam kepelbagaian tanpa mengira bangsa dan latar belakang, sekali gus menjadi contoh kepada Malaysia daripada aspek kemampuan menegakkan perpaduan utuh.

Iklan

Sementara itu, Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan berkata, wilayah di sini dalam konteks penubuhan Malaysia adalah tiga wilayah iaitu Sabah, Sarawak dan Semenanjung bercantum untuk menubuhkan persekutuan.

“Ia sebagai satu istilah untuk membezakan Sabah dan Sarawak daripada negeri-negeri di Semenanjung, sebab sekarang kita tidak lagi bercakap tentang negeri Sabah dan negeri Sarawak tetapi kita bercakap tentang perkongsian sama taraf dengan Semenanjung iaitu Sabah dan Sarawak setaraf bererti tiga wilayah ini entiti yang sama,” katanya selepas merasmikan Majlis Penutupan Mesyuarat Tahunan Pejabat Kementerian Pertanian Sabah, semalam.

Justeru, mulai sekarang kita tidak boleh lupa, Sabah dan Sarawak sudah bergelar wilayah bukannya negeri seperti sebelum ini.