HARI ini Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mencadangkan supaya penerima lengkap dua dos vaksin Covid-19 diberikan kelonggaran dari segi perjalanan dan makan di restoran (dine-in).

Biarpun suntikan vaksin merupakan salah satu kaedah membantu mengawal penularan, sekali gus membentuk antibodi dan mengurangkan kebarangkalian kejadian koronavirus, namun cadangan ‘kelonggaran’ tersebut menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat.

Tambahan pula, hari ini Malaysia mencatatkan sebanyak 13,215 kes baharu yang mana Selangor kekal negeri tertinggi (6,120 kes Covid-19).

Biarpun cadangan itu melibatkan golongan lengkap dua dos suntikan, tetapi sebahagian besar individu berpendapat negara belum mencapai imuniti kelompok (herd immunity).

Ada juga yang menyarankan agar pihak kerajaan menangguhkan dulu aktiviti perjalanan ataupun dine-in sehingga jumlah kes terkawal.

Benar, masyarakat mungkin tidak sanggup lagi ‘berkurung’ di rumah. Pun begitu, adalah lebih selamat kekal di kediaman berbanding ke sana, sini di luar.

Baca juga Sudah Bersedia Dine-In Di Restoran? Cadangan PM Buat Individu Lengkap 2 Dos Vaksin

Antara komen warganet:
– “Tak perlu dahulu selagi semua belum divaksin bimbang yang sudah vaksin menjadi pembawa pula.”

– “Rasanya lengkap dua dos bukan jaminan untuk kita bebas bergerak sesuka hati. Sudah vaksin tetap akan berjangkit walau badan tiada gejala teruk.”

– “Bimbang pula yang sudah divaksinasi keluar ke mana-mana, kemudian pulang ‘bawa’ Covid-19. Selepas itu menjangkiti ahli keluarga belum menerima suntikan vaksin.”

– “Herd immunity belum dicapai.”

– “Sebaiknya tunggu capai herd immunity antara 30-40 peratus.”

Iklan

Pun begitu, terdapat sesetengah warga maya menyambut baik cadangan tersebut khususnya mereka yang perlu keluar bekerja.

– “Beri kebenaran mereka yang telah lengkap dos vaksin melakukan rutin harian seperti biasa. Terutama sekali mencari rezeki.”

– “Untuk bekerja boleh. Untuk balik kampung, makan angin, balik raya tak boleh.”

Terdahulu, Muhyiddin mencadangkan kepada pihak Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) untuk menilai semula kelonggaran kepada penerima dua dos suntikan vaksin.

Iklan

Antaranya melibatkan aktiviti perjalanan dan dine-in di restoran.

Dalam perkembangan berkaitan, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan bahawa antara 60 hingga 70 peratus populasi dunia perlu mempunyai daya tahan terhadap Covid-19.

Langkah itu bagi membolehkan imuniti kelompok dicapai dan membantu mengekang penularan wabak jahat terbabit.