Sedia masuki fasa pertengahan perkahwinan, tempuhi krisis, konflik
KRISIS dan konflik dalam rumah tangga kebanyakannya berlaku pada fasa pertengahan perkahwinan.
Kenapa pertengahan? Kenapa tidak di awal atau hujung perkahwinan?
Kebiasaannya, pada awal perkahwinan akan selalunya indah belaka.
Walaupun adakalanya tugas, tanggungjawab dan kewajipan itu tak dijalankan dengan sebaiknya di awal perkahwinan, ia masih diterima, dihadam, diserap dan dipejamkan mata sebagai satu harapan "Insya-ALLAH nanti akan jadi lebih baik lagi... nanti dia berubah".Jangan lupa follow kami di Instagram!
Pada penghujung perkahwinan pula adalah bila mana masing-masing sudah berumur, telah 30 tahun pendam, makan hati dan sakit hati, sudah 25 tahun dah buat semuanya seorang diri, telah 20 tahun perangai dia memang macam itu.
Tak ada apa yang berubah dalam tempoh yang agak lama dan hati mula redha serta pasrah. Tak akan ada apa-apa harapan dan tiada apa-apa keajaiban lagi dah."Umur sekarang untuk ALLAH... umur sekarang untuk akhirat... umur sekarang untuk cari dan tambah amalan".
Antara krisis, konflik ketika perkahwinan memasuki fasa pertengahan adalah;
1. Setiap harapan yang kita letakkan di awal itu, satu demi satu dihancurkan.
2. Kita tidak lagi boleh bertoleransi dengan perbuatan atau kelakuan pasangan yang menyakitkan hati.
3. Fasa di mana kita dah meluat, bosan dengan kesalahan berulang-ulang.
4. Fasa kita putus asa untuk menunggu si dia berubah.
5. Banyak pasangan buat perangai sebab dia selesa, dia mencuba dan dia dah terbiasa.
Jadi, yang memendam akan tawar hati. Yang menyimpan akan makan hati. Yang dilukai akan terus sakit hati.
Mulalah emosi, perasaan dan fikiran diterjemahkan dalam bentuk layanan yang dingin atau terpaksa atas nama tanggungjawab dan kewajipan semata-mata "sekurang-kurangnya, aku dah buat bahagian aku..."
Pertengahan perkahwinan sepatutnya mematangkan dan mendewasakan hubungan kita untuk kita melanjutkan lagi hubungan itu kepada satu tempoh yang lebih panjang.
Baca juga Vaksinasi Covid-19 remaja 12 -17 tahun, ini perkara ibu bapa, penjaga perlu buat
Ia bukanlah fasa untuk bergaduh, bermasam muka, bertengkar mulut serta berbalah.
Perbaikilah diri sendiri dengan sentiasa bermuhasabah.
Semoga hubungan kita suami isteri sentiasa dirahmati dan diredhai ALLAH SWT.
Sumber: Firdaus Shakirin
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang