Sediakan payung sebelum hujan, pelan insurans khas Covid-19 di Malaysia

Sediakan payung sebelum hujan, pelan insurans khas Covid-19 di Malaysia
Sediakan payung sebelum hujan, pelan insurans khas Covid-19 di Malaysia
A
A
A

Oleh: Meen Tahrin

SEJAK akhir-akhir ini, peningkatan kes akibat jumlah jangkitan Covid-19 di negara kita cukup tinggi sehingga mencecah angka ratusan kes harian.

Oleh itu, ramai dalam kalangan kita kini yang semakin prihatin untuk menjaga kebersihan diri serta mengambil langkah berhati-hati apabila berada di luar rumah terutama di tempat awam yang sesak.

Tidak kurang juga yang mula mengambil suplemen untuk menguatkan imunisasi tubuh badan mereka.

Pun begitu, oleh kerana penyakit ini tidak dijangka dan agak sukar untuk dikenal pasti, ada di antara kita yang mula mencari pelan insurans khas untuk melindungi kewangan sekiranya dijangkiti virus.

Ini kerana apabila sudah dikenakan kuarantin, tidak boleh bekerja dan akan menjejaskan pendapatan terutama bagi mereka yang berniaga sendiri.

Artikel berkaitan: Rekaan logo baharu Kelantan FC jadi bualan, isu kepala rusa berlesen timbul persoalan

Justeru, dalam usaha memenuhi keperluan ini, terdapat sebuah organisasi yang menawarkan pelan insurans AXXESS Covid-19 Protect kepada semua rakyat Malaysia yang berusia antara satu bulan hingga 65 tahun.

Polisi insurans ini ditaja jamin oleh AIA General Berhad.

Pelan yang disediakan untuk tempoh terhad ini menawarkan bayaran RM2,000 kepada pemegang polisi apabila disahkan dijangkiti Covid-19 di Malaysia dan dimasukkan ke hospital akibat penyakit ini.

Perlindungannya sah untuk tempoh tiga bulan dengan bayaran premium sekali hanya RM28.50 (termasuk cukai), menjadikannya pelan yang benar-benar mampu.

Sekiranya pemegang polisi meninggal dunia akibat Covid-19 atau kemalangan, penama atau ahli keluarga pemegang polisi akan menerima bayaran tambahan RM10,000.

Dengan demikian, AXXESS Covid-19 Protect menawarkan jumlah bayaran sehingga RM12,000.

Pelan AXXESS Covid-19 Protect boleh dibeli di dalam talian dan proses pembelian mengambil masa beberapa minit.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca