SUDAH pasti ramai yang mengukir senyuman dengan pengumuman syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB) sebentar tadi.

PNB melalui anak syarikatnya Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), mengumumkan jumlah agihan pendapatan 5.00 sen seunit untuk dana utamanya, Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Menerusi pengumuman secara sidang maya oleh PNB itu secara tidak langsung memaparkan peningkatan lebih baik berbanding tahun 2020, di mana pihak mereka telah melakarkan sejarah pengagihan dividen terendah dengan 4.25 sen seunit sahaja.

Pembahagian dividen tahun ini terdiri daripada pendapatan 4.25 sen seunit dan bonus 0.75 sen seunit.

Menurut Pengerusi PNB, Tun Arifin Zakaria, ini 6 fakta berkaitan;

1. Pembayaran pengagihan pendapatan sebanyak RM8.9 bilion itu akan memanfaatkan 10.4 juta pemegang unit ASB.

2. Menjadikan jumlah pengagihan pendapatan terkumpul dan bonus ASB yang telah diagihkan sejak ia mula diperkenalkan pada tahun 1990 kesemuanya sebanyak RM168.5 bilion.

3. ASB berjaya mengekalkan pengagihan pendapatan yang kompetitif, mengatasi penanda arasnya iaitu kadar Deposit Tetap 12 bulan yang mencatatkan kadar pulangan sebanyak 1.85 peratus.

Sedikit tinggi berbanding tahun lalu, PNB umum dividen 5.00 sen

4. Prestasi menggalakkan tersebut didorong oleh strategi kepelbagaian berterusan dana yang telah menjana prestasi kukuh hasil daripada pelaburan ekuiti global dengan pasaran ekuiti domestik yang lebih lemah.

5. Penangguhan urus niaga bagi unit ASB bermula hari ini sehingga 2 Januari 2022.

6. Pemegang unit ASB boleh mula melakukan urus niaga mereka bermula 3 Januari 2022.

Sementara itu, buat pengetahuan umum ini rekod dividen dan bonus sejak 2011 hingga 2020:

2020 – (Dividen) 3.50 sen seunit, (Bonus) 0.75 sen seunit + 0.75 sen seunit ehsan untuk 30,000 unit pertama ASB

2019 – (Dividen) 5.00 sen seunit, (Bonus) 0.50 sen seunit

2018 – (Dividen) 6.50 sen seunit, (Bonus) 0.50 sen seunit

2017 – (Dividen) 7.00 sen seunit, (Bonus) 0.25 sen seunit

2016 – (Dividen) 6.75 sen seunit, (Bonus) 0.50 sen seunit

Iklan

Baca juga Rumah Rosak Akibat Banjir, Ini Cara Tuntut Pampasan Insurans, LPPSA, PBT

2015 – (Dividen) 7.25 sen seunit, (Bonus) 0.50 sen seunit

2014 – (Dividen) 7.50 sen seunit, (Bonus) 1.00 sen seunit

Iklan

2013 – (Dividen) 7.70 sen seunit, (Bonus) 1.00 sen seunit

2012 – (Dividen) 7.75 sen seunit, (Bonus) 1.15 sen seunit

2011 – (Dividen) 7.70 sen seunit, (Bonus) 1.00 sen seunit