Selipar 'Muslim friendly' teruk dikritik, pengeluar mohon maaf

A
A
A

NAMA pelakon dan pengacara popular, Neelofa terus menjadi bualan hangat netizen.

Walaupun telah selamat dijabkabul dua minggu lalu namun namanya masih disebut ramai apabila majlis pernikahannya yang gah dan mempesonakan tetapi dikatakan tidak mematuhi SOP.

Tidak berakhir hanya di situ kerana beliau turut dikaitkan dengan isu merentas negeri ke Langkawi.

Kini, sekali lagi namanya dikecam ramai dikatakan sebagai penunggang agama gara-gara melancarkan produk selipar 'Muslim friendly'.

Sehubungan itu, jenama selipar tempatan, Fipper, yang menjalinkan kolaborasi bersama aplikasi The Noor tampil memberi penjelasan berhubung isu penggunaan perkataan Muslim friendly atau mesra Muslim itu.

Selipar 'Muslim friendly' teruk dikritik, pengeluar mohon maafMenurutnya, produk 'slip on' hasil kolaborasi dua organisasi itu amat sesuai untuk kegunaan Muslimah yang memakai stokin.

Katanya, produk terdahulu kurang bersesuaian dengan imej Muslimah yang berstokin.

Justeru, pihak Fipper memohon maaf atas kekeliruan yang berlaku.

Terdahulu, pada 5 April yang lalu, usahawan popular, Neelofa telah melancarkan selipar mesra Muslim Exclusive Fipper X The Noor Neelofa Slip On Series bersama Fipper dan aplikasi yang diperkenalkannya The Noor.

Baca juga Remaja sanggup tipu diri positif Covid-19 gara-gara tak mahu datang berkerja…

Selipar berkenaan dijual pada harga RM79.90 sepasang.

Konsep selipar sedemikian telah mencetuskan pelbagai perdebatan dan kecaman dalam kalangan netizen dan Neelofa dijadikan sasaran.

Moga dengan pengakuan maaf daripada pihak Fipper ini dapat meredakan keadaan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca