HATI ibu mana yang dapat menahan rasa bimbang dan sedih apabila anak perempuan keluar dari rumah dan tidak pulang sejak empat hari lalu.

Hanya kerana perselisihan faham berkenaan kehadiran ke sekolah, Siti Dhia Batrisyia Mohd. Chairil Anuar, 12, meninggalkan kediamannya tanpa khabar berita hingga kesnya diklasifikasikan sebagai Orang Hilang.

Ibunya, Syarifah Rosfazila Syed Muhammad Fazili, 41, berkata, kali terakhir dia bersama anaknya adalah di kediaman mereka sekitar Pudu, di sini, kira-kira pukul 4 petang 1 Ramadan lalu.

Baca juga: Kes remaja, wanita dan kanak-kanak hilang sering berlaku, ini prosedur melaporkan

Baca juga: Di mana Zalina Azman? 6 info menarik bekas pembaca berita wanita yang hilang

Baca juga: Purata 4 kanak-kanak hilang setiap hari, jangan dedah identiti anak di media sosial

“Waktu petang hari itu (Selasa) Dhia dah balik ke rumah, kemudian saya terus tanya kenapa pagi dia tak pergi ke sekolah, cikgu mula WhatsApp tanya kenapa tak pergi ke sekolah. Dhia jawab dia keluar (tidak hadir sekolah) beli barang buat kejutan untuk saya.

“Dengar jawapan itu, saya marah dan tegur apa yang dia buat itu salah, kenapa buat waktu hari persekolahan. Beberapa minit kemudian saya keluar rumah untuk nak beli barang dapur untuk sediakan lauk berbuka. Balik sahaja Dhia sudah tiada,” katanya.

Sebelum ini, tular di media sosial kanak-kanak berusia 12 tahun itu dilaporkan hilang selepas gagal dikesan sejak Selasa lalu.

Gusar dengan situasi yang berlaku, Syarifah menyatakan perasaan bimbang memuncak apabila anak perempuannya belum pulang ke rumah apabila selesai berbuka puasa.

“Selalunya dia akan pergi ke rumah kawan-kawan di sekitar kawasan ini, jadi apabila esoknya masih lagi tidak pulang ke rumah, saya mula mencarinya di rumah kawan-kawan tetapi semuanya tidak tahu di mana Dhia berada.

“Sebelum ini, Dhia tak pernah keluar jauh lama-lama dan tak pernah tak balik rumah, saya memang tengok dan jaga anak saya,” katanya.

Baca juga: Remaja huffaz al-Quran hilang 96 jam minum air parit, ditemui selepas azan, ini kronologinya

Baca juga: Di mana Aliah Qistina? Gadis 16 tahun hilang, ibu kongsi peristiwa aneh malam kejadian

Apa yang lebih merisaukan terdapat rakan kepada Dhia memaklumkan kanak-kanak itu mengikut seorang lelaki yang hanya dikenali di media sosial.

“Saya jadi risau bila ada (kawan) yang kata Dhia pergi menghala ke Ampang. Tambahan pula ada kawan-kawan cakap Dhia pernah bercerita tentang seorang individu tetapi semua rakannya tidak pernah berjumpa orang itu. Saya risau bila ada orang tak kenal ini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya mengesahkan satu laporan polis telah diterimanya ada pagi, semalam.

“Kes diklasifikasikan sebagai Orang Hilang dan tindakan mengesan sedang giat dijalankan” katanya ringkas.

Iklan

7 tip penting  prosedur dan cara betul buat laporan orang hilang:

1-Hebahan kehilangan ahli keluarga perlu menggunakan platform yang betul.

2-Misalnya bagi kes kanak-kanak hilang, ahli keluarga terlebih dahulu perlu membuat laporan polis dan menyerahkan tindakan hebahan dibuat oleh pihak polis melalui sistem hebahan yang mempunyai prosedur operasi standard (SOP) khusus untuk memastikan maklumat kanak-kanak disebar luas dengan mekanisme betul.

3-Hebahan kanak-kanak hilang perlu mengikut SOP yang digariskan polis bagi memastikan keselamatan kanak-kanak dan ahli keluarga tidak terancam dan disalahgunakan.

4-Hebahan hanya akan dibuat dengan kebenaran bertulis ibu bapa setelah siasatan polis mendapati tiada melibatkan unsur tebusan dan ancaman.

5-Hebahan juga hanya memaparkan butir yang terhad seperti gambar kanak-kanak yang hilang, nama, nombor laporan selain nama dan nombor telefon pegawai penyiasat.

Iklan

6-Bagi kes kanak-kanak hilang, polis dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat membangunkan sistem amaran awal kanak-kanak hilang yang dikenali sebagai “National Urgent Response Alert” (NUR Alert ) bagi membuat hebahan kanak-kanak berumur bawah 12 tahun yang dilaporkan hilang.

7-Hebahan melalui NUR Alert hanya akan dibuat oleh pasukan petugas yang diluluskan oleh polis seperti pihak Facebook, bank, syarikat telekomunikasi yang sehingga kini berjumlah 41 ahli petugas daripada pelbagai agensi.

Sumber: Kosmo, Info Kemalangan & Bencana Malaysia

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat! 

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!