SUMBANGAN Tunai Rahmah (STR) adalah program bantuan tunai untuk golongan B40 dan M40 bakal dikreditkan kepada yang layak pada bulan Februari ini.

Bagi anda yang ingin menyemak permohonan Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 1 2024, berikut adalah caranya:

1. Layari https://bantuantunai.hasil.gov.my

2. Kemudian, masukkan kad pengenalan dan klik log masuk.

3. Bila dah log masuk, klik ‘Semak’ dan sahkan kod keselamatan yang dipaparkan.

4. Seterusnya, masukkan kata laluan yang betul dan klik log masuk sekali kali.

5. Klik pada bahagian ‘Semakan Permohonan’ yang dipaparkan pada bahagian menu utama.

6. Status permohonan akan dipaparkan.

Baca juga: Gagal tuntut RM100 eMadani? Kemukakan rayuan dengan 2 langkah ini

Baca juga: Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa 4 mulai 7 November ini, pemohon rayuan pun dapat. 8 info penting berkaitan

Bagi warga emas atau golongan yang tidak dapat mengakses akaun secara atas talian, anda boleh menyemak status permohonan di mana-mana kaunter LHDN berdekatan.

Anda yang belum membuat permohonan, di bawah ini adalah syarat kelayakan dan dokumen diperlukan:

1-Sekiranya pemohon berstatus Kahwin, sila muat naik dokumen sijil perkahwinan atau sila kemukakan sijil perkahwinan asal dan salinan ke Pejabat HASiL berhampiran selewat-lewatnya tujuh hari selepas permohonan dibuat bagi tujuan pemprosesan permohonan.

2-Sekiranya pemohon berstatus cerai, sila muat naik dokumen sijil cerai atau sila kemukakan sijil cerai asal dan salinan ke Pejabat HASiL berhampiran selewat-lewatnya tujuh hari selepas permohonan dibuat bagi tujuan pemprosesan permohonan.

3-Sekiranya pemohon berstatus kematian pasangan, sila muat naik sijil kematian pasangan atau sila kemukakan sijil kematian asal dan salinan ke Pejabat HASiL berhampiran selewat-lewatnya tujuh hari selepas permohonan dibuat bagi tujuan pemprosesan permohonan.

4-Syarat kelayakan isi rumah:

Pemohon
• Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja.
• Lelaki atau wanita yang menjadi ketua keluarga dan bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM5,000 dan ke bawah.

Pasangan
• Warganegara Malaysia (MyKad) atau memiliki pengenalan Malaysia (MyPR / MyKAS).
• Bukan Warganegara Malaysia (selain pengenalan MyPR / MyKAS).

Anak
•Hubungan mestilah anak kandung (termasuk anak tidak sah taraf) atau anak angkat yang berdaftar dengan JPN sahaja; dan •Warganegara Malaysia yang memiliki pengenalan Malaysia (MyKad / MyKID) sahaja; dan
•Tidak bekerja atau tiada punca pendapatan yang berumur:
– 18 tahun dan ke bawah; atau
– 19 tahun dan ke atas bagi yang masih belajar sepenuh masa di IPTA / IPTS

5-Syarat kelayakan warga emas bujang / tiada pasangan:

• Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja.
• Bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah bagi yang berumur 60 tahun dan ke atas.

6-Syarat kelayakan individu bujang:

Iklan

• Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja.
• Bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah bagi yang berumur 21 tahun hingga 59 tahun dan OKU berumur 19 tahun hingga 59 tahun.
• Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa.

7-Pemohon yang tiada rekod dalam sistem STR 2024 perlu membuat permohonan baharu.

8-Pemohonan yang tidak mengemas kini permohonan selama tiga tahun berturut-turut sepanjang pelaksanaan BPR 2021, BKM 2022 dan STR 2023 kecuali warga emas dan pedalaman Sabah dan Sarawak.

9-Pemakluman keputusan permohonan STR 2024 boleh disemak secara dalam talian https://bantuantunai.hasil.gov.my. Semakan juga boleh dibuat aplikasi mobile Sumbangan Tunai Rahmah yang boleh dimuat turun dalam Play Store bagi plaftorm Android.

10-Permohonan dibuka sepanjang tahun 2024 dan rayuan boleh dilakukan jika permohonan gagal.

Berikut adalah tarikh pembayarannya:

Tarikh permohonan: November 2023 – 30 November 2023
Tarikh pembayaran: Februari 2024

Iklan

Tarikh permohonan: 1 Disember 2023 – 29 Februari 2024
Tarikh pembayaran: April 2024

Tarikh permohonan: 1 Mac 2024 – 30 Jun 2024
Tarikh pembayaran: Ogos 2024

Tarikh permohonan: 1 Julai 2024 – 30 September 2024
Tarikh pembayaran: November 2024

Semoga bermanfaat!

Sumber: X Jabatan Penerangan WPKL, TikTok Arif The Great

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!