Semak tawaran haji dan rayuan, bantuan kewangan jemaah B40, M40, berikut 10 info perlu tahu
MENJEJAKKAN kaki ke Tanah Suci Makkah untuk mengerjakan haji adalah impian setiap umat Islam di seluruh pelosok dunia.
Tabung Haji mengumumkan bakal haji boleh menyemak tawaran haji melalui THiJARI pada hari Rabu, 22 Mac 2023 jam 12.00 tengah hari.
Indahnya andai dijemput ALLAH ke sana. Tahniah kepada yang berjaya mendapat tempat. SinarPlus kongsikan enam info penting berkaitan kos haji, Bantuan Kewangan Haji Bersasar dan rayuan.
Baca juga: Bawa anak ke cawangan berdekatan, tukar segera akaun Tabung Haji anak capai umur 18 sebelum 1 Mei

1-Bagi Musim Haji 1444H/ 2023 bayaran haji adalah seperti berikut:
i-Kumpulan T20: RM30,850
ii-Kumpulan M40: RM15,980
iii-Kumpulan B40: RM10,980 (selepas RM1,000 bantuan kerajaan Malaysia. Bayaran asal ialah RM11,980)
2-Bagi yang berjaya mendapat tempat bagi menunaikan rukun Islam yang kelima itu akan menikmati Bantuan Kewangan Haji Bersasar.
Baca juga: Syahdunya bersolat, berdoa di bumi Arafah. Tabung Haji usik kenangan, warga maya luah rindu

3-Tabung Haji memberi Bantuan Kewangan Haji secara bersasar kepada Jemaah Muassasah kali pertama.
4-Bagi setiap jemaah dari kumpulan B40, Tabung Haji menanggung 64 peratus dari kos haji iaitu RM19,870.
5-Manakala bagi setiap jemaah dari kumpulan M40, Tabung Haji menanggung 48 peratus dari kos haji iaitu RM14,870.
Baca juga: Alhamdulillah, Arab Saudi lulus 31,600 kuota haji jemaah Malaysia
6-Kepada yang tidak berjaya, anda boleh membuat rayuan melalui platform dalam talian THiJARI yang akan dibuka mulai Isnin, 27 Mac 2023.
Baca juga: 12 jenis pengeluaran KWSP dibolehkan sebelum umur 55 tahun, berikut info wanita perlu tahu
Sumber: Tabung Haji
Kredit foto utama: Pexels
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.