Sempadan antarabangsa mula dibuka, 10 fakta wajib tahu fasa peralihan ke endemik

Rakyat Malaysia ingin pulang dari Singapura boleh mohon di MyTravelPass
Rakyat Malaysia ingin pulang dari Singapura boleh mohon di MyTravelPass
A
A
A

BERMULA detik 12.01 minit pagi tadi, negara memasuki fasa endemik dalam pengurusan Covid-19.

Setelah lebih dua tahun bergelumang virus berbahaya itu, kini pelbagai kelonggaran standard operating procedure (SOP) diberikan kerajaan.

Jangan lupa follow kami di Instagram.

Fasa peralihan ke endemik yang bermula hari ini adalah sementara sebelum negara beralih ke fasa seterusnya yang akan diumumkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Justeru, berkuatkuasa hari ini, berikut SOP yang terbaharu dan terkini;

1. Pemakaian pelitup muka masih wajib dipatuhi di semua tempat awam.

2. Pendaftaran masuk (chek-in) menggunakan MySejahtera wajib kecuali kawasan luar seperti taman awam.

3. Merentas negeri untuk semua tanpa mengira status vaksinasi.

4. Pembukaan sempadan anatarabangsa.

Baca juga Covid-19: Negara menghampiri fasa endemik. Ini 4 perkara penting perlu beri perhatian

Solat diterima

5. Acara atau aktiviti berkapasiti penuh yang melibatkan kumpulan besar namun penjarakan fizikal masih digalakkan.

6. Operasi tempat kerja dalam kapasiti penuh.

7. Perjalanan ke Malaysia tanpa kuarantin untuk pelancong yang lengkap vaksinasi.

8. MyTravelPass untuk bukan warganegara masuk ke Malaysia.

Baca juga Ketahui maksud endemik, epidemik dan pandemik

9. Penjarakan fizikal bagi aktiviti solat jemaah di masjid atau surau atau upacara sembahyang di rumah ibadat selain Islam. Namun SOP akhir di bawah bidang kuasa pihak berkuasa agama negeri.

10. Sekatan ke atas waktu operasi perniagaan. Pemilik premis perniagaan dibenarkan menetapkan waktu operasi mengikut syarat lesen perniagaan mereka.

Bagaimanapun, ingat kita masih belum menang dalam wabak Covid-19 ini. Terus amalkan #kitajagakita untuk keselamatan keluarga tersayang.

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca