GEMPAR! Penemuan jasad wanita dalam ditanam di dalam kolah bilik mandi di sebuah kediaman di Pandamaran, Klang menjadi perhatian seluruh negara.

Masakan tidak, mayat wanita dewasa telah dimuatkan dalam sebuah kolah dan ditimbus dengan lepaan konkrit.

Berikut kronologi penemuan yang penuh misteri:

1-Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki tempatan yang mendapat maklumat daripada seorang lelaki warga asing bahawa terdapat mayat di dalam kolah mandi rumah yang disewakannya pada 10.58 malam, 3 Disember 2023.

2-Hasil siasatan mendapati pengadu (pemilik rumah) pernah menyewakan rumahnya di Kampung Pendamar, Klang kepada dua lelaki warga asing selama dua tahun iaitu bermula Ogos 2019 hingga Oktober 2021.

3-Sebelum menyewakan rumah itu kepada orang lain, pengadu telah membuat pemeriksaan di kolah terbabit dan mendapati ia telah disimen.

4-Penyewa berkenaan memberi alasan bahawa terdapat air daripada bangkai tikus yang mengalir masuk ke dalam kolah itu.

5-Tanpa mengesyaki apa-apa, tuan rumah itu telah menyewakan kediaman berkenaan kepada orang lain.

6-Pada November lalu, pengadu telah meminta seorang lelaki warga asing untuk membaiki bumbung rumah berkenaan dan semasa membayar gaji kepada kerja itu, lelaki terbabit memaklumkan bahawa terdapat mayat di dalam kolah bilik mandi rumah itu.

7-Maklumat itu diterima daripada seorang lelaki warga asing yang telah balik ke negara asal. Bagi mengesahkan perkara ini, pengadu telah membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

8-Polis bersama pasukan bomba serta unit forensik Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor telah menjalankan siasatan di tempat kejadian. Setelah simen dipecahkan, mayat dipercayai perempuan dewasa telah dijumpai.

Baca juga: Suami kejam tembak isteri dan sumbat dalam tong biru akan dituduh esok

9- Mayat itu dihantar ke Hospital Shah Alam untuk proses bedah siasat.

10- IPD Klang Selatan telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Bagi membantu siasatan, seorang lelaki warga asing berumur 53 tahun telah ditahan.

11-Polis dalam masa sama, sedang mengesan dua lelaki warga asing merupakan penyewa di rumah berkenaan sebelum ini.

12-Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kes ini diminta menyalurkan terus kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan menerusi talian 03-33762222 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Baca juga: Kronologi pelajar dinoda, badan dikerat, kepala direbus. Ahli farmasi dipenjara, diarah bayar pampasan RM192 ribu

Iklan

Baca juga: Kejamnya! Pembuat roti canai diperkosa & dikelar ditemui maut, 5 anak hilang ibu sekelip mata, ini kronologi menyayat hati

13-Sementara itu, Bomba dan Penyelamat Selangor mengambil masa lebih dua jam untuk memecahkan kolah untuk mengeluarkan jasad wanita berkenaan.

14- Jiran enggan dikenali yang berada di tempat kejadian memaklumkan melihat anggota bomba mengangkat mayat yang dilihat seperti gumpalan tanah liat dan berbau.

15-menurutnya lagi, kediaman berkenaan telah disewa oleh pasangan suami isteri warga tempatan selepas ada di antara dua warga asing berkenaan pulang ke negara asal.

16-Dalam perkembangan terbaru, Ketua Polis Selangor memaklumkan polis tidak menolak kemungkinan mayat wanita itu sudah dibunuh lebih setahun.

Iklan

17-Dua suspek lelaki yang sedang diburu adalah individu yang disyaki menyimen kolah mandi di rumah terbabit.

Mengerikan, takziah buat keluarga mangsa. Hati-hatilah wanita, tingkatkan keselamatan diri, moga terhindar daripada jenayah dan kejadian tidak diingini.

Sumber: Bernama, Berita Harian, FB Polis Klang, Sinar Harian

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTubeTiktok SinarPlus & Threads @sinarplus@threads.net. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang