LEBIH kurang seminggu sahaja lagi, umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, pulang beraya ke kampung sememangnya sebagai satu tradisi yang penting dan ia sudah menjadi turun-temurun.

Jangan lupa follow kami Instagram! 

Namun kedatangan virus berbahaya Covid-19 telah merubah segalanya. Dua tahun sambutan raya di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Bagaimanapun, tahun ini Aidilfitiri kembali memberi keceriaan buat semua. Kerajaan telah memberi jaminan bahawa tiada lagi PKP dan larangan merentas negeri.

Bermula minggu ini juga lebuh raya pastinya sesak dengan ribuan anak kota pulang ke kampung halaman.

Berikutan kesesakan itu, perjalanan yang sepatutnya makan masa beberapa jam boleh berlarutan sehingga menjadi separuh hari.

Namun itu tidak bermakna, mereka yang mahu pulang ke kampung tidak perlu membuat persediaan untuk melancarkan perjalanan.

Baca juga Pengeluaran khas KWSP RM10,000, zakat RM250 jangan dilupa

Sunah Aidilfitri

Berikut lapan perkara penting sebelum pulang beraya;

1. Periksa kenderaan

Salah satu langkah paling penting bagi mengelakkan sebarang masalah dari berlaku. Periksa kenderaan sebelum memulakan perjalanan jauh.

Periksa lampu kereta, signal, minyak hitam, air enjin, gas penghawa dingin, air pengelap cermin dan lain-lain.

2. Servis kereta

Lakukan servis menyeluruh yang liputi enjin, tayar, brek, penapis minyak, radiator dan elemen-elemen penting kenderaan. Tukar dan baiki apa yang perlu bagi mengelakkan kenderaan bermasalah.

3. Bantuan asas

Lengkapkan kenderaan dengan senarai bantuan kecemasan yang meliputi tayar ganti, jack kereta, peralatan menukar tayar, kabel jumper, alat bantuan kecemasan dan lain-lain.

4. Keselamatan keluarga dan penumpang

Buat keluarga yang memiliki anak kecil, pemasangan kerusi kanak-kanak adalah langkah terbaik untuk menjamin keselamatan mereka.

Pada masa yang sama, tali pinggang keledar adalah satu kemestian bukan sahaja buat pemandu malah setiap para penumpang lain.

5. Keselamatan rumah

Pastikan tingkap-tingkap rumah ditutup dan pintu dikunci sebelum meninggalkan rumah. Penutupan paip air dan sumber elektrik rumah juga digalakkan bagi mengelakkan litar pintas dan kebocoran paip air berlaku.

Iklan

Pasangan tinggal berjauhan dibenarkan merentas negeri bermula esok tapi dengan syarat

6. Rancangan perjalanan

Apabila tibanya musim perayaan maka ramai yang berpusu-pusu pulang ke kampung. Kesesakkan sudah menjadi kemestian namun merancang perjalanan terlebih dahulu sedikit sebanyak dapat membantu.

Rehat atau tangguhkan perjalanan di mana-mana Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) sekiranya pemandu berasa letih, mengantuk atau tidak tenteram.

7. Gunakan RFID, SmartTAG dan Touch ‘n Go

Penggunaan Radio Frequency Identification (RFID), SmartTAG dan Touch ‘n Go bagi melancarkan perjalanan.

Baca juga Touch n Go, SmartTAG bakal mansuh. Ini cara mudah pasang, aktifkan RFID pada kenderaaan

8. Patuhi peraturan

Kesesakkan dapat dikurangkan sekiranya kesemua pemandu memandu secara berhemah.

Iklan

Ikut had laju yang ditentukan dan patuhi isyarat dan peraturan di lebuh raya semasa menukar lorong, memotong kenderaan lain dan lain-lain.

Elakkan mengekori kenderaan lain terlalu rapat jangan memotong barisan atau menyalahgunakan lorong kecemasan. Tiga punca ini sering kali dikaitkan menjadi punca kemalangan yang serius.

Biarpun ramai mengatakan sambutan Aidilfitri kali ini sebagai balas dendam, utamakan keselamatan ya!

Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI