#SiBibirMerah: Harga siling baru ayam, tarif elektrik tak dinaikkan, tentu mak-mak lega

ayam (4)
ayam (4)
A
A
A

HARGA ayam menjadi tumpuan ramai sejak akhir-akhir ini. Harga siling yang dahulu ingin dihapus kini akan diperkenalkan yang baharu. Tarif elektrik juga diumum tidak dinaikkan, tentu emak-emak lega.

Khabar yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri yang mana kerajaan tidak mengapungkan harga ayam di pasaran tentu menggembirakan. Bibir Merah mengira mungkin emak-emak senang hati dan kurang terbeban.

Kredit foto: BERNAMA

Baca juga: #SiBibirMerah: Ayam tiada stok, harga naik, dikenakan caj potong, pihak berkuasa tolonglah bertindak

Baca juga:#SiBibirMerah: Ayam, minyak, telur tiada lagi subsidi 1 Julai, bertabahlah mak-mak

Sebelum ini Menterinya Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia, Datuk Sri Alexander Nanta Linggi, penentuan harga maksimum ayam dan telur dilaksanakan sejak 5 Februari 2022 dan sepatutnya berakhir pada 5 Jun 2022 yang mana harga maksimum runcit ayam dan telur bagi Semenanjung Malaysia telah ditetapkan seperti berikut:

Ayam bulat standard: RM8.90/ kilogram (kg)

Ayam bulat super: RM 9.90/ kg

Telur ayam gred A: RM 0.43/ biji

Telur ayam gred B: RM 0.41/ biji

Telur ayam gred C: RM 0.39/biji

Kredit foto: BERNAMA

Pun begitu, Bibir Merah berdebar untuk mengetahui harga siling baharu ayam yang akan diumumkan dalam masa terdekat oleh Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.

Selain harga makanan yang mendadak, tarif elektrik dan air juga diputuskan tidak dinaikkan di Semenanjung.

Baca juga: Ayam, telur naik harga, 10 makanan ini tinggi protein, murah lagi 'awesome'

Risau elektrik melambung ketika cuaca panas? Ini panduan jimat TNB

Baca juga: 4 maut termasuk bayi akibat terkena renjatan elektrik alat pemanas air. Mayat mereka melekat...

Difahamkan kerajaan terus ‘menyerap’ peningkatan mendadak kos bahan api dan kos penjanaan lain dengan subsidi sebanyak RM5.8 bilion.

Jadi apa kata emak-emak tentang hal ini, tentu lapang sedikit dada bukan? Harap-harap harga siling ayam baharu tidak terlalu tinggi agar rakyat daripada pelbagai kelas khususnya B40 dan M40 boleh bernafas lega. Kos sara hidup pun mencabar akhir-akhir ini.

Si Bibir Merah: Ayam, telur, minyak masak, elektrik, api dan air keperluan asas. Pihak berwajib perlu tingkatkan kawalan dan penguatkuasaan ke peringkat akar umbi…

Baca juga: #SiBibirMerah: Kenaikan harga barang menghimpit, bawa bekal, masak sendiri di rumah

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca