Suami boroi & gemuk dikontrol isteri. Tiada 'me time', hobi disekat

A
A
A

SELEPAS berkahwin ramai lelaki mula bertambah berat badan atau boroi. Tidak kurang pula yang terpaksa menyembunyikan hobi atau aktiviti yang digemari semata-mata untuk menggembirakan hati pasangan dan komitmen kepada keluarga.

Perkongsian Public Health Malaysia (PHM) menerusi laman sosial Facebook membuka mata orang ramai bahawa lelaki juga memerlukan 'me time' demi kesihatan mental dan fizikal mereka.

Gambar hiasan (Ilustrasi SinarPlus by Midjourney)

"Ramai suami yang dahulunya sihat dan aktif sebelum kahwin, menjadi boroi dan gemuk.

"Ini kerana aktiviti yang digemari sebelum ini seperti bersukan, memancing dan aktiviti luar tidak dapat diteruskan kerana komitmen penuh kepada keluarga.

Baca juga: Kanser hati, barah yang boleh berulang. Kaum Adam dominasi carta, perokok paling berisiko

Baca juga: Tiada yang 'perfect' usaha terima pasangan seadanya buat suami isteri bahagia

Baca juga: 'Saham suami orang tinggi, ujian seorang wanita adalah lelaki-' -Ustaz Wan Akashah

"Ada yang bagai telah dirantai kaki sehingga segala gerak-geri dikawal. Ada yang takut untuk membeli barang untuk self-reward sehingga nak beli barang untuk diri sendiri perlu disorok hantar ke pejabat," ujarnya.

Selain itu, PHM juga menambah sifat semula jadi kaum Adam yang gemar menyembunyikan perasaan menjadi salah satu punca kesihatan terganggu.

"Berbeza dengan wanita, lelaki sikapnya memang tidak suka bercakap.

"Seronok pun diam, sedih pun diam, banyak yang dipendam menyebabkan risiko masalah mental berganda," katanya.

Gambar hiasan (Kredit foto: Pexels)

Justeru demi menjaga mental suami, para isteri dinasihatkan tidak 'merantai' kaki si cinta hati.

"Mereka hanya boleh menjadi diri sendiri apabila bersama dengan rakan.

"Oleh itu sekali-sekala benarkan mereka untuk keluar bersosial tanpa ditemani isteri dan keluarga," kongsinya.

Seperkara lagi perlu dilakukan untuk membantu suami mendapatkan emosi yang stabil ialah dengan tidak menghalang pasangan masing-masing melakukan aktiviti yang disukai ketika bujang.

Baca juga: Waspada kepala air di jeram & sungai berlaku sekelip mata, jangan leka beraktivti, 20 panduan elak jadi mangsa

"Beri suami 'me time' untuk melakukan aktiviti yang digemari. Galakkan mereka untuk aktif semula di padang dan beri secebis kebebasan seperti zaman bujang.

"Sekali-sekala benarkan mereka hadiahkan sesuatu untuk diri sebagai reward.

"Walaupun tubuh besar, dalam dirinya masih anak kecil yang ada banyak impian dan barang-barang yang ingin dibeli," nasihat PHM.

Baca juga: Benarkah berbasikal boleh sebabkan lelaki mati pucuk. Ini pencerahan jelas pakar

Gambar hiasan (Kredit foto: Pexels)

Hantaran ini menerima pelbagai reaksi. Warga maya khususnya kaum lelaki mengiyakan cadangan yang diutarakan namun tidak kurang yang bersyukur kerana memiliki pasangan yang memahami dan tidak mengongkong.

- "Wahai para isteri, lets be fair to our better-half. Berilah ruang untuk mereka to go for sports n recreation or swimming. Kadang-kadang me-time dengan kawan surau. Give them space and a breathder. A happy husband, a happy leader.

- "Saya sekarang hobi dengan famili jer. Camping, jalan-jalan di taman, jogging dan bermain bola dengan anak. Cukuplah masa bujang dulu macam-macam benda buat. Nak santai-santai dengan kawan pun boleh. Hak masing-masing tapi pastikan masa dengan famili diutamakan. Jangan sibuk dengan hobi,keluarga terabai."

- "Sebelum kahwin pun ramai anak muda sudah boroi dan obesiti. Semua bergantung pada diri sendiri , cara tabiat permakanan & activity senaman . Kalau sebelum kahwin pun malas bersenam , jangan harap lepas berkahwin, lagi lah malas , tolong bersihkan rumah pun Malas .

- "Alhamdulillah, kami respect hobi masing-masing. Dia suka running, saya suka main badminton. Dalam masa sama, pada cuti hujung minggu saling bantu-membantu di rumah. Janji di landasan yang betul."

Awas! Kerja dari rumah jangan sampai obesiti

Ada juga yang mengatakan boroi bukan disebabkan oleh dirantai isteri tetapi malas bersenam.

- "Sebelum kahwin pun ramai anak muda sudah boroi dan obesiti. Semua bergantung pada diri sendiri, tabiat permakanan dan aktiviti senaman . Kalau sebelum kahwin pun malas bersenam , jangan harap lepas berkahwin untuk buat, lagi lah malas , tolong bersihkan rumah pun malas."

Kredit foto utama: Pexels

Sumber: Public Health Malaysia

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTubeTiktok SinarPlus & Threads @sinarplus@threads.net. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca