PERNAHKAH korang mengalami suara serak? Adakah korang merasakan suara serak itu seksi?

Kebanyakan daripada kita pasti pernah mengalami suara serak sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.

Kebanyakan orang merasakan suara serak bukanlah suatu masalah kesihatan yang serius.

Suara serak juga biasanya berlaku apabila kita mengalami batuk yang berpanjangan.

Jika suara serak berlarutan lebih dari dua minggu, adakah ianya suatu perkara biasa?

Bagi sesetengah kes, suara serak menandakan sesuatu yang serius telah berlaku pada peti suara.

Ini perkongsian pengamal perubatan am yang juga penceramah kesihatan dan pemakanan, Dr Zubaidi Ahmad yang mengatakan suara serak boleh menjadi indikasi tentang kesihatan pita suara.

Peti suara ialah organ yang terletak di kawasan leher yang berfungsi untuk menghasilkan suara.

Ia terdiri daripada rawan dan otot nipis yang bergerak dan bergetar untuk menghasilkan suara.

Peti suara mudah tercedera atau melecet apabila berlaku penyalahgunaan suara.

Sakiti dan mendera anak
PEMERIKSAAN PETI SUARA

1. Stroboscope

– Dimasukkan melalui mulut ke belakang lidah.

– Digunakan untuk memeriksa getaran peti suara dan merekod kekerapan pergerakan peti suara.

2. Rigid laryngoscope

– Dimasukkan melalui mulut ke belakang lidah.

– Digunakan untuk memeriksa keadaan fizikal peti suara yang dibesarkan dengan imej yang berkualiti

3. Flexible fiber optic laryngoscope

– Flexible endoscope yang mengandungi kabel gentian optik dimasukkan melalui hidung dan melalui tekak.

– Digunakan untuk memeriksa keseluruhan bahagian tekak dan menilai pergerakan peti suara dari arah belakang hidung.

MASALAH-MASALAH PITA SUARA

1. Laringitis

Radang atau bengkak pada peti suara. Peti suara kelihatan seperti lapisan otot yang menggerutu.

2. Polyps

Kawasan peti suara yang terlibat mengandungi air. Keadaan ini bukan barah tetapi kewujudannya mengganggu pergerakan peti suara dan penghasilan suara. Peti suara kelihatan seperti benjolan.

3. Reinki Edema

Tisu berlebihan yang terbentuk di peti suara. Tisu kelihatan membengkak.

4. Papiloma

Masalah inidisebabkan oleh jangkitan Human Papilloma Virus (HPV). Jangkitan ini boleh merebak ke tisu bahagian lain seperti tisu mulut, leher, hidung dan paru-paru. Peti suara kelihatan menggerutu.

5. Nodul

Nodul kelihatan seperti benjolan isi yang terbentuk pada peti suara. Masalah ini timbul akibat penyalahgunaan suara.

Diingatkan, sila berjumpa dengan doktor sekiranya korang menunjukkan tanda-tanda yang berikut:

1. Mengalami suara serak lebih dari tiga minggu.

2. Hilang suara atau suara serak yang teruk lebih dari seminggu.

3. Suara serak beserta rasa sakit. Suara serak akibat sakit tekak dan demam biasa terjadi. Namun, suara serak ketika sihat adalah tidak normal.

4. Suara serak berserta rasa benjolan didalam tekak.

5. Suara serak berserta batuk kronik atau batuk berdarah.

6. Suara serak berserta kesukaran bernafas.

7. Suara serak berserta masalah menelan.

TIP PENJAGAAN SUARA

1. Minum air kosong yang mencukupi.

Iklan

Pengambilan air yang cukup dapat menghindarkan dihidrasi pada peti suara. Ini dapat mengurangkan hentaman peti suara dan mengurangkan risiko kecederaan pada peti suara. Pakar mencadangkan pengambilan air kosong sebanyak 7- 8 gelas sehari.

2. Kurangkan atau elak pendedahan kepada bahan-bahan penyebab kerengsaan.

Antara makanan yang boleh menambah masalah kepada peti suara adalah seperti berikut:

a) Produk tenusu

• Produk tenusu boleh menyebabkan penghasilan kahak. Ini boleh mengganggu kejelasan suara.

• Elakkan pengambilan produk tenusu seperti susu, aiskrim, keju

b) Makanan pedas

• Makanan pedas boleh menyebabkan tekak menjadi perit.

• Berpunca daripada asid refluks yang boleh menyebabkan iritasi pada esofagus

c) Makanan berkafein

• Bahan yang mengandungi kafein boleh mengeringkan tekak. Ini boleh menyebabkan suara menjadi serak.

Iklan

3. Elak berdehem

Berdehem akan menyebabkan kerosakan disebabkan pergerakan geseran di antara tisu-tisu peti suara. Minum air apabila berasa tidak selesa pada tekak.

4. Elakkan menjerit

Menjerit akan meningkatkan hentaman pada kedua belah peti suara. Ini akan meningkatkan risiko kecederaan atau kerosakkan pada peti suara.

5. Elakkan bercakap ditempat yang bising.

Elakkan dari bercakap di tempat yang bising seperti pasar dan stadium. Ini akan menyebabkan kita terdorong untuk menjerit bagi mengatasi bunyi bising serta memastikan mesej dapat disampaikan kepada pendengar.

Baca juga 2 Cara Keluar Dari WhatsApp Group. Mudah, Tak Akan Ada Yang Perasan

6. Elakkan bercakap dalam tempoh yang lama

Berhenti bercakap apabila tekak mula berasa perit atau letih. Keadaan ini adalah petanda suara telah digunakan secara maksima. Penggunaan peti suara yang berlebihan boleh mendatangkan kecederaan atau kerosakan pada otot peti suara yang nipis.

Hati-hati bagi korang yang suka berkaraoke tu ya!

Semoga bermanfaat.

Sumber: Dr Zubaidi