Tak susah pun nak bayar zakat, RM10 sebulan cukup untuk satu hidangan asnaf

A
A
A

MENGELUARKAN zakat adalah menjadi kewajipan dan disyariatkan bagi umat Islam.

Selain membawa maksud tumbuh dan berkembang, zakat juga bermakna menyucikan harta.

Pelbagai hikmah diperolehi pembayar zakat. Ia dikatakan mampu meluaskan rezeki, mengelakkan perasaan iri hati dan mewujudkan hubungan yang baik sesama insan.

Malah zakat juga memberi peluang golongan berada beribadah serta dapat menyatukan umat Islam dalam hal ekonomi.

Baca juga Pengeluaran I-Lestari Dan I-Sinar KWSP Bagi Yang Ada Pendapatan Bulanan Wajib Kena Zakat

Pusat Pungutan Zakat - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) memperkenalkan Kempen RM10 sebagai sebagai usaha untuk mengajak dan mendidik masyarakat Islam untuk menunaikan zakat.

Dengan jumlah serendah RM10 sebulan, zakat yang dikeluarkan amat besar maknanya buat mereka yang terjejas pada situasi pandemik Covid-19 ketika ini.

Malah ramai yang memerlukan bantuan apabila terjejas pendapatan akibat dibuang kerja, dipotong gaji. Ini secara langsung melahirkan asnaf baharu.

Justeru, dengan ibadah zakat korang serendah RM10, ia sudah mencukupi untuk menyediakan satu hidangan makanan buat mereka yang memerlukan.

Kempen RM10 ini berlangsung selama enam bulan bermula Julai hingga Disember 2021.

Menurut PPZ, mereka yang bergaji RM1,692 sebulan wajib untuk menunaikan zakat. Maka, Kempen RM10 ini tentunya membantu mereka menunaikan zakat dengan mudah.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Abdul Hakim Amir Osman berkata, Kempen RM10 ini adalah sebagai satu permulaan buat mereka yang tidak pernah menunaikan zakat untuk memulakannya dengan bayaran zakat serendah RM10.

Katanya, kesan daripada pendemik Covid-19, golongan yang sebelum ini adalah M40, malah T20 juga kini telah berubah memasuki kategori B40 dan menjadi asnaf ‘segera’.

Walaupun nilai RM10 ‘tidak nampak banyak’ namun inisiatif ini dilihat mampu membantu meningkatkan kutipan zakat bagi membantu golongan asnaf yang semakin meningkat.

Justeru, korang yang tidak pernah menunaikan zakat bolehlah memulakan ibadah wajib ini sebelum terlambat.

PPZ dalam kenyataannya menyeru orang ramai mengeluarkan zakat dan rasai sendiri nikmatnya di mana Allah akan melipat gandakan rezeki sehingga 700 kali ganda dalam pelbagai bentuk seperti kesihatan yang baik, mudah menyelesaikan masalah, kewangan yang stabil dan ketenangan jiwa.

Kempen ini terbuka kepada semua pembayar baru yang menunaikan zakat secara dalam talian melalui zakat_10.zakat.com.my.

Lebih menarik lagi, pembayar zakat yang bertuah berpeluang memenangi hadiah menarik seperti Kamera Perakam Video dan Jam Pintar.

Sebarang pertanyaan boleh emelkan kepada info@zakat.com.my atau melalui Facebook Messenger di m.me/myzakat.

Peluang mengeluarkan zakat dengan cara yang mudah ini jangan dilepaskan. Serendah RM10, tanggungjawab korang untuk menunaikan zakat boleh dilunaskan dalam talian. Mudah sahaja bukan?

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca