PENDAKWAH bebas, Ebit Lew yang sedang melunaskan misi kemanusiaan Palestin telah berjaya memasuki bumi Gaza.

Pun begitu, proses untuk menjejakkan kaki ke Palestin yang diserang rejim Israel sejak 10 Mei lalu bukanlah mudah. Pelbagai pihak menggembleng tenaga dan berusaha demi memastikan misi kemanusiaan tersebut mencapai matlamatnya.

“Syukur pada ALLAH, team kami berada di Gaza Palestin. Kami masuk diiringi tentera Mesir dengan kereta perisai sepanjang perjalanan.

“Menurut Kedutaan Malaysia dan Unit Perisikan Tentera Mesir kami team pertama dalam dunia yang dibenarkan masuk melalui Pintu Rafah selepas perang 2021 baru-baru ini.

“Mesir sendiri telah banyak memberi bantuan dan mengetuai dalam membangunkan Gaza. Ada lebih 30 NGO (badan bukan kerajaan) seluruh dunia sedang memohon. Sebahagian ada di Mesir. Doakan mereka semua dimudahkan ALLAH supaya lebih ramai dapat dibantu,” jelas beliau yang berkongsi menerusi Facebooknya hari ini.

Dalam pada itu, bapa kepada empat cahaya mata tersebut turut berkongsi rasa yang menjentik emosinya ketika ini.

“Sebak sayu terasa seperti balik kampung halaman sendiri. Mungkin dari kecil berdoa untuk rakyat Palestin. Kini dapat jejak kaki ke sini.

“Saya minta maaf tidak update sebelum ini atas faktor keselamatan. Terharu apabila sampai kami disambut oleh Palestin Red Crescent. Ramai berebut untuk menyambut.

“Kementerian Kesihatan Palestin dan Kementerian Luar Palestin. Sepanjang masuk border Rafah cuma kedengaran semua ajak minum makan dan ke rumah mereka. Terasa seperti keluarga yang sangat dekat,” tulis Ebit.

Baca juga “Saya Akan Beli Barang Perubatan, Hantar Terus Ke Gaza. Malaysia Sayangkan Palestin”- Ebit Lew Ke Gaza

Dalam pada itu, beliau juga menzahirkan terima kasih kepada pihak yang membantu mempermudahkan perjalanannya ke Gaza.

“Terima kasih teramat sangat kepada Datuk Seri Hishammuddin Hussein (Menteri Luar Negeri) dari mula membantu team kami. Setiap hari kami bermesej.

Iklan

“Datuk Seri call kementerian luar Mesir dan terus datang ke Mesir untuk membantu saya secara terus. Katanya, ustaz jaga team kita ye,” katanya.

Tutur beliau, walau terlambat seminit betapa ramai yang memerlukan di Palestin menderita.

Tidak ketinggalan penghargaan buat Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Baca juga “Inilah Ustaz Yang Patut Dijadikan Contoh, Tiada Sempadan Berbuat Kebaikan” – Netizen Doakan Misi Kemanusiaan Ebit Di Palestin Dipermudahkan

Iklan

“Terima kasih DYAM HRH Crown Prince of Johor TMJ yang banyak membantu dan turut menyumbang bersama. Terima kasih selalu bertanya khabar.

“Terima kasih juga kepada PM Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menghubungi Presiden Mesir dengan menyebut tentang misi kami,” jelasnya lanjut.

Selain itu, beliau turut berterima kasih kepada kerajaan Mesir, Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin dan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia termasuklah Wisma Putra, Datu Ida Murni dan Kedutaan Besar Malaysia Mesir, Shahabudin serta team.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)