TERGAMAKNYA hati seorang ibu! Tinggalkan anak bersendirian di rumah yang sememangnya boleh ‘menempah’ malapetaka.

Seperti satu kejadian yang terjadi di Taman Melawati, Ampang Jaya, Selangor, seorang anak remaja berusia 13 tahun cedera apabila ditinggal ibu bersendirian.

Remaja yang juga orang kurang upaya (OKU) itu ditinggalkan seorang diri di rumahnya di Taman Melawati dan ibunya dipercayai menginap di sebuah hotel.

Memetik laporan media tempatan, menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, berikut 8 fakta kes berkenaan;

1. Wanita berusia 43 tahun itu bertindak sedemikian kerana mahu membawa anak bongsunya ke latihan berenang.

2. Namun tragedi malang menimpa apabila anak keduanya itu yang mempunyai masalah pembelajaran dan autisme, bertindak terjun dari tingkat satu apartmen mereka sebelum terjatuh di atas kereta, kelmarin.

3. Wanita terbabit pada mulanya menerima panggilan daripada bekas suaminya pada jam 8.32 pagi memaklumkan anak mereka terjun dari kediaman terbabit.

Baca juga Ibu koma terima ijazah sarjana atas katil, hidap kanser otak jarang berlaku

4. Menurutnya, mangsa terjun dari tingkat satu dan jatuh ke atas kereta.

5. Mangsa mengalami kecederaan iaitu lima jahitan di bahagian kepala, tangan sebelah kanan retak dan cedera di muka. Mangsa sedang dirawat di Hospital Ampang.

Iklan

6. Dipercayai semasa kejadian ibunya meninggalkan mangsa seorang diri di kediaman sejak jam 9.15 malam kelmarin kerana membawa anak perempuan yang berusia lima tahun pergi latihan renang dan bermalam di hotel di Damansara.

7. Susulan itu, pada jam 2 petang semalam, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah membuat tangkapan terhadap wanita terbabit.

Baca juga #SiBibirMerah: Tinggal tak sampai 15 minit, 2 beradik maut rentung. Ibu ayah jadikan ini pengajaran

8. Suspek akan direman di Mahkamah Ampang hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001 yang merujuk kepada kesalahan penganiayaan, pengabaian, pembuangan atau pendedahan kanak-kanak.

Iklan

Justeru, kita sebagai ibu bapa, ingatlah, anak-anak adalah amanah Tuhan kepada kita untuk dijaga dan dibentuk sebaik-baiknya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.