KETIKA banjir melanda banyak kawasan di negara kita, semua pihak tampil membantu.

Tidak kira bangsa dan agama, semangat tolong menolong sesama kita dilihat begitu baik sekali.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Namun, baru-baru ini tular satu isu berkaitan orang bukan Islam memasak juadah untuk mangsa banjir di sebuah kawasan di Lembah Klang.

Ada ada pihak yang mencetuskan mempertikai mengenai status halal makanan berkenaan.

Justeru itu, Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri tampil memberi penjelasan berkaitan isu berkenaan.

Ujar beliau, hidangan yang dimasak oleh individu bukan muslim tidak menjadi penghalang bagi penganut agama Islam menikmati hidangan tersebut selagi mana tidak melibatkan haiwan sembelihan.

“Tidak ada masalah untuk makan hidangan yang disediakan bukan Muslim yang bukan ahli kitab selagi mana tidak melibatkan haiwan sembelihan mereka.

“Terima kasih kepada saudara kami yang beragama Sikh atas bantuan yang dihulurkan. Semoga tuhan merahmati anda semua.

banjir

Iklan

 

Iklan

“Hal ini terpakai dalam isu agihan bantuan atau rumah terbuka yang sudah pasti saudara kita yang berlainan agama majoritinya faham konsep halal.

“Adapun bagi kedai makan, carilah yang ada logo halal Jakim,” ciapnya.

Dalam pada itu, rata-rata warga maya meluahkan perasaan gembira melihat penyatuan rakyat Malaysia tanpa mengira agama dan bangsa dalam memberi bantuan kepada mangsa-mangsa banjir.

Ujar mereka;

“Saya menangis melihat gambar ni. Melayu, Cina, India, kita semua bersatu membantu sesame sendiri. Ini adalah Malaysia yang kami nak tengok.

Baca juga Jangan cuci dulu, tangkap gambar, berikut 5 tip buat tuntutan insurans kenderaan selepas banjir

“Biar ini menjadi peringatan kita semua yang sebenarnya kita sudah pun bersatu, kita dipecahkan kerana pihak sana tahu betapa kuatnya bila kita bersama. Jangan lupa.”

“Sebak dan terharu, kita sebagai rakyat kuat bila bersama. Pihak sana tidak peduli pasal nasib kita.”

Justeru, diharap penjelasan tersebut dapat meleraikan tanda tanya orang ramai berkenaan status makanan tersebut.