KES sporadik bermaksud tidak diketahui punca jangkitan dan tidak dapat dikaitkan dengan mana-mana kluster atau kes lain. Selain itu, ia juga berlaku secara rawak dan terpencil.

Sejak bulan Mei 2021 sebanyak 80 peratus daripada jumlah kes Covid-19 di negara ini dikategorikan dalam kes sporadik.

Angka tersebut amat membimbangkan dan menunjukkan penularan wabak telah berlaku secara meluas dalam kalangan komuniti.

Lebih menakutkan kawasan Lembah Klang mencatat jumlah kes sporadik tertinggi yang mana Petaling mencatat sebanyak 3,905 kes diikuti Hulu Langat (2,783 kes) dan Klang sebanyak 2,482 kes.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, biarpun pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dilihat berjaya mengawal peningkatan kes kluster pada Minggu Epidemiologi (ME) ke-24, tetapi kes sporadik tidak menunjukkan penurunan ketara.

Kata beliau, Lembah Klang adalah meliputi bandar raya Kuala Lumpur dan pinggir bandar serta kawasan bandar di Selangor.

“Berdasarkan data dari 1 Januari (ME ke-53/2020) hingga Sabtu lalu (ME ke-24/2021) sebanyak 578,105 kes Covid-19 telah dilaporkan. Daripada jumlah itu sebanyak 398,846 kes atau 69.0 peratus adalah kes sporadik.

Baca juga 472 Hari Bergelut Covid-19, New York Tarik Balik Larangan, Selepas Vaksinasi

“Negeri Selangor adalah negeri tertinggi dengan 151,725 kes (38.0 peratus) diikuti Kuala Lumpur sebanyak 44,517 kes (11.2 peratus) dan Sarawak sebanyak 40,889 kes (10.3 peratus),” jelasnya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Kes sporadik tidak dapat dikaitkan dengan mana-mana kluster sedia ada melainkan dikesan melalui saringan di tempat kerja, komuniti atau kes bergejala.

Dr Noor Hisham menambah walaupun kebanyakan kes sporadik tidak bergejala, tetapi ia masih boleh menjangkiti orang sekeliling khususnya mereka tidak mengamalkan prosedur operasi standard (SOP).

Beliau turut menyuarakan kebimbangan tentang kes sporadik yang tidak bergejala lantaran kesukaran untuk menentukan siapa menghidap wabak itu.

Iklan

“Sukar untuk mengetahui siapa dijangkit Covid-19. Justeru, penting bagi semua pihak mengambil maklum perkara ini dan melindungi diri serta keluarga masing-masing,” tegasnya.

Selain itu, beliau turut menambah, biarpun PKP 3.0 telah memasuki minggu ketiga, jumlah kes harian dilihat masih berada pada paras tinggi melebihi 4,000 kes sehari.

Ini termasuklah, kes sporadik kekal berada pada peratusan yang agak tinggi.

Iklan

Baca juga Ular Sawa Berat 100kg Ala Anaconda Ditemui Di Perak. Mampu Telan Mangsa Sama Berat Badannya

Diharapkan masyarakat lebih berhati-hati.

Pastikan membasuh tangan dengan air bersih atau mengggunakan hand sanitizer. Jika berasa kurang sihat segara dapatkan rawatan lanjut.