Tidur tidak dipengaruhi oleh pengambilan kopi, ini penjelasan pakar

A
A
A

KOPI merupakan sumber utama untuk kafein, namun ia bergantung kepada jenis kopi.

Selain kafein, kopi mengandungi pelbagai khasiat seperti vitamin B2, vitamin B3, magnesium, kalium dan pelbagai sebatian antioksidan.

Sebenarnya, beberapa kajian telah dijalankan yang membuktikan kebaikan mengambil kopi sebagai minuman harian.

Baru-baru ini, Universiti Basel, Switzerland menjalankan kajian terhadap kesan kopi terhadap kualiti tidur dan struktur otak.

Menurut kajian baharu itu yang diketuai oleh Dr Carolin Reichert, penggunaan kafein secara berkala menyebabkan pengurangan bahan yang dipanggil grey matter terutama pada kawasan otak yang berkait dengan ingatan.

Bagaimanapun, kesan sampingannya bersifat sementara dan tidak mempengaruhi memori.

"Berhenti kopi selama 10 hari sebenarnya sudah cukup untuk mengembalikan isipadu grey matter atau bahan kelabu berkenaan," kata Reichert itu.

Dalam penyelidikan sama, beliau berkata, para penyelidik turut mengkaji sama ada pengambilan kafein secara berkala boleh mempengaruhi struktur otak dan menyebabkan amalan atau praktis tidur yang buruk.

Menurut dapatan kajian tersebut, kopi akan membuat orang berjaga dan boleh mengganggu tidur jika diminum pada waktu malam.

Lebih membimbangkan, kesan daripada kurang tidur mungkin mampu mempengaruhi masalah 'kelabu' atau otak, kata Reichert.

Buktinya, daripada 20 individu muda yang sihat dipilih untuk kajian itu dan semuanya adalah peminum kopi biasa dan diberi pil (dalam bentuk tablet) selama tempoh 10 hari yang mana mengandungi kafein.

Dalam satu tempoh yang lain, mereka adalah plasebo (bahan atau rawatan yang direka untuk tidak mempunyai nilai terapeutik).

"Pada peringkat awal kajian, 10 sukarelawan mula menggunakan kafein sebelum beralih ke plasebo dan 10 yang lain mula dengan plasebo dan kemudian beralih ke kafein.

"Para peserta diberitahu untuk minum ketiga pil tersebut pada 45 minit, 4 jam dan 8 jam.

"Mereka juga mematuhi waktu tidur yang dijadualkan iaitu sekurang-kurangnya 8 jam dan tidak tidur pada waktu siang.

"Selain itu, peserta diminta untuk menjauhi minuman dan makanan berkafein lain semasa fasa berkenaan," katanya.

Selanjutnya, rawatan diteruskan dalam fasa makmal yang mana para penyelidik mengawal diet dan jadual tidur peserta.

Pada masa sama, akses telefon pintar dan beberapa bentuk hubungan sosial yang lain dilarang pada masa itu.

Para penyelidik juga ujar Reichert, melakukan imbasan pengimejan resonans magnetik (MRI) secara berkala untuk menentukan kesan kopi pada otak, sementara aktiviti tidur dipantau melalui rakaman polisomnografi yang merangkumi Elektroensefalografi (EEG).

Hasilnya, para penyelidik mendapati bahawa tidur tidak dipengaruhi oleh pengambilan kafein.

Artikel berkaitan: Air kopi tidak sesuai buat kanak-kanak, berikut 6 kesan buruk kepada mereka

"Tidur yang nyenyak serupa tanpa mengira sama ada sukarelawan mengambil pil kafein atau plasebo," kata kajian itu.

Untuk pengetahuan semua pembaca, kawasan pergerakan bahan yang 'kelabu' atau lemah melibatkan otak, ucapan, emosi, ingatan dan banyak lagi.

Sebaliknya, bahan putih (white matter) merangkumi jalur saraf yang merupakan sambungan sel saraf yang bertindak sebagai penyambung ke kawasan sistem saraf yang lain.

"Bagaimanapun, ingin kami tegaskan, pengambilan kafein mempunyai kesan negatif pada otak, namun penggunaan kafein setiap hari jelas mempengaruhi kognitif seharian kita,” kata ketua kajian Dr Carolin Reichert dalam satu pernyataan di bgr.com.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca