JUMLAH mangsa banjir di Terengganu, Kelantan dan Pahang nampaknya terus mencatatkan peningkatan.

Di Pahang khususnya situasi banjir dilaporkan bertambah buruk apabila mangsa yang dipindahkan ke 241 pusat pemindahan mencatatkan sebanyak 18,976 orang daripada 5,032 setakat pukul 7.30 pagi tadi.

Berdasarkan portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah Maran masih mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 4,501 orang diikuti Temerloh (3,020 keluarga), Lipis (2,551), Raub (2,402), Jerantut (2,329), Kuantan (2,321), Rompin (1,012), Pekan (430) dan Bera (410).

Artikel berkaitanAgong mencemar duli melawat mangsa banjir, berharap rakyat dapat patuh SOP

banjir
KEADAAN banjir di bandar Mentakab, Pahang yang ditenggelami air sehingga paras dada pada 5 Januari baru-baru ini.

Keadaan banjir terburuk yang berlaku di Pahang bukan sahaja menyebabkan sebahagian besar rumah ditelenggami air, bahkan tanaman, harta benda dan kenderaan juga terjejas.

Bercakap mengenai kenderaan kebanyakan pengguna terutamanya pemilik kereta jenis sedan menzahirkan kebimbangkan efek yang akan berlaku selepas air banjir surut.

Jika dihitung secara kasar pasti banyak kos diperlukan untuk membersihkan dan membaiki kenderaan peribadi.

BANJIR
SELAIN rumah, banjir juga menyebabkan tanaman, harta benda dan kenderaan terjejas teruk.

Justeru, memahami situasi banjir masih belum surut, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Young Syefura Othman berkongsi tip daripada Team Automotif GiatMara Bentong, Pahang menerusi laman sosial Facebooknya baru-baru ini.

Artikel berkaitan“Jaga kesihatan dan keselamatan diri, jangan bermain air banjir” – Titah Tengku Hassanal

Tip tersebut menyentuh mengenai prosedur operasi standard (SOP) mengendalikan kenderaan ketika musim banjir.

SOP kenderaan semasa banjir antaranya ialah:

banjir1. Tanggalkan terminal bateri dan keluarkan dari kereta supaya tidak berlakunya ‘short circuit’ pada sistem elektronik.

Iklan

2. Kenal lokasi ECU (Electronic Control Unit) untuk Engin Management control. Tanggalkan dan simpan di tempat selamat.

3. Tutup paip Exzos supaya tidak dimasuki lumpur.

Jika SOP tersebut dilakukan dengan baik secara tidak langsung kos untuk membaiki kenderaan dapat dikurangkan sekiranya kereta tenggelam 100 peratus.

Selepas itu, sekiranya air banjir sudah surut, cuci komponen elektronik dengan mengunakan air bersih supaya tidak berlaku karat.

Iklan

Sumber: Facebook Young Syefura dan Bernama