Tip menghilangkan rasa pahit pada timun. Caranya ringkas je!
ADAKALANYA waktu makan timun contohnya yang diletak dalam nasi lemak ke atau timun yang dibuat ulam, kadang-kadang ia terasa pahit. Tapi ada cara untuk mengurangkan rasa pahit pada timun ni tau.
Jadi, kalau ada ahli keluarga anda yang selalu asyik merungut timun rasa pahit eloklah anda hidang timun itu dengan sepiring gula, atau boleh cuba petua yang ingin dikongsikan ini!
Petua mengurangkan kepahitan timun
- Mula-mula, cuci bersih-bersih timun yang dibeli. Setelah dibersihkan, potong bahagian hujung timun itu di kedua-dua belah bahagian atas dan bawah.
- Gunakan bahagian yang telah dipotong (sebelah atas) tadi dan gosok pada tempat yang dipotong pada bahagian timun sebelah atas. Gosok beberapa ketika sehingga kelihatan keluar buih-buih putih.
- Lakukan cara yang sama iaitu gosok juga pada bahagian hujung sebelah bawah. Gosok sehingga keluar buih putih.
- Selepas itu, barulah dihiris atau dipotong timun itu seperti biasa. Settle!
Selamat mencuba!
PENULIS: NURUL ADRIANA
FOTO: WIKIPEDIA, UNSPLASH
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang