Tip simpan susu cair yang sudah dibuka supaya tak mudah rosak dan tahan lama sampai 3 bulan
RUPANYA ada cara mudah jika mahu simpan susu cair yang siap dibuka supaya tidak mudah rosak dan tahan lebih lama.
SinarPlus tertarik dengan tip yang dikongsikan My Resipi kerana ia tidak membazir.
Selain menjimatkan, cara itu juga membantu susu cair tahan lebih lama hingga tiga bulan lamanya.
Bukan apa, kebiasaannya, apabila kita membuka tin susu cair, kadangkala tak habis guna.
Simpan di dalam peti ais, namun terlupa. Akhirnya sudah basi dan tidak boleh diminum lagi.
Mahu tak mahu, terpaksa dibuang walaupun sayang, kan?
Baca ni Cara repair peti ais tak sejuk bermodalkan RM12 jer. Lelaki ini kongsi tip mudah & menjadi!
Okey, berikut SinarPlus kongsikan lima cara simpan susu cair dengan baik seperti yang dikongsikan oleh My Resipi:
1. Tukar bekas kedap udara
-Jika susu yang sudah dibuka dan tak habis guna, jangan biarkan di dalam bekas tin tersebut. Sebaiknya, simpankan ia ke dalam bekas kedap udara dan letakkan ke dalam peti ais.
2. Guna suhu yang betul
-Tutup dengan mengggunakan plastik atau ikat getah. Jangan biarkan ia terdedah kepada udara.
-Pastikan peti ais anda berada pada suhu 4 darjah Celcius atau lebih sejuk.
3. Simpan di dalam bahagian pembeku
-Anda boleh pilih sama ada simpan bahagian chiller atau sejuk beku. Jika mahu digunakan dalam masa terdekat, letakkan pada bahagian chiller.
-Lebihan susu yang sudah tidak mahu digunakan lagi, anda boleh letakkan ia di bahagian sejuk beku. Cara ini membantu susu cair bertahan lebih lama.
-Jika mahu menggunakan ia kembali, biarkan pada suhu bilik sehingga cair.
Baca lagi 'Cantiknya wet kitchen ala tepi taman.' Ruang Dapur Memey Suhaiza curi perhatian. Kemas & kreatif!
4. Letak di bahagian belakang
- Cara simpan susu cair dalam peti ais juga penting. Sebaiknya, letakkan ia di belakang kerana kawasan tersebut paling sejuk dan jauh dari makanan yang tak dimasak.
Cara yang simple tetapi dapat jimatkan kos. Itu yang penting. Selamat mencuba!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang