TENTERA Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerima enam bot pemintas atau Fast Interceptor Craf (FIC) bernilai RM80 juta yang akan digunakan segera dan ditempatkan di pangkalan utama pasukan itu di seluruh negara.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bot pemintas baharu itu akan digunakan untuk penugasan operasi bagi memperkukuh tahap kawalan di perairan negara terutama Operasi Benteng (Op Benteng).

Menurutnya, penempatan aset tersebut akan ditentukan kemudian di (pangkalan TLDM) seluruh negara termasuk Sabah.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, pihaknya akan menambah lagi 13 kapal jenis sama untuk mengukuhkan lagi kawalan perairan negara.

“Penerimaan enam kapal berkenaan adalah peringkat pertama dan kita bercadang untuk menambah lagi 13 kapal sama bernilai lebih RM120 juta,” katanya selepas demonstrasi dan majlis simbolik penyerahan FIC di Jeti Peluru Pangkalan TLDM Lumut, semalam.

TLDM terima 6 bot pemintas, ini fakta menarik Fast Interceptor Craf (FIC)

Menurut portal defencesecurityasia, ini fakta menarik berkaitan FIC;

Iklan

1. Bot tempur yang dibina sepenuhnya Gading Marine Industry (M) Sdn Bhd (GMI) di limbungan GMI di Lumut Port Industrial Park, Perak dalam tempoh lima bulan itu diserahkan kepada TLDM pada 19 Mac lalu.

2. FIC melalui Projek Peralihan Operasi Op Benteng yang dibina oleh Gading Marine Industry (M) Sdn Bhd (GMI) itu diletakkan dalam Skuadron Fast Combat Boat (FCB).

3. Skuadron itu berperanan sebagai elemen sokongan pertahanan maritim negara terutama kepada kapal TLDM dalam penugasan Op Benteng dalam meningkatkan keupayaan pengawasan dan pintasan di perairan cetek dan berpulau.

Baca juga Tanpa bumbung tetap ‘steady’, Kancil Lejen disita dan pemilik disaman polis

4. Bot pemintas FIC yang dilengkapi dua jentera utama dengan sistem dorongan water jet, mampu mencapai kelajuan maksimum melebihi 50 knot.

5. Ia dikendalikan lima kru serta mampu membawa hingga lapan anggota Quick Reaction Force (QRF) pada satu-satu masa.

6. TLDM akan menggunakan enam bot berkenaan di seluruh perairan negara termasuk Sabah.

Semoga dengan kelengkapan yang ada akan dapat mengukuhkan lagi kawalan perairan negara.

Iklan

Selamat menyambut hari TLDM ke-87! Selamat berkhidmat dan berbakti buat tanah air tercinta. Anda adalah wira kebanggaan negara.