Tular di Twitter dan permintaan tinggi, Nestlé terpaksa henti jual Milo di Jepun

A
A
A

BAYANGKAN sesuatu barang itu terpaksa dihentikan penjualannya gara-gara permintaan yang

terlampau tinggi.

Begitulah yang terjadi kepada syarikat Nestlé yang terpaksa menghentikan penjualan minuman

coklat malt, Milo di Jepun.

Menurut laporan portal Mashable SE Asia, situasi sedemikian terjadi kerana ianya menjadi tular di Twitter menyebabkan popularitinya melambung tinggi dan mengatasi kemampuan syarikat untukmemenuhi permintaan pengguna.

Julai lalu, seorang pengguna Twitter Jepun telah membuat ciapan tentang minuman Milo dengan

mengatakan ia sebagai minuman sihat yang baik untuk kanak-kanak dan orang dewasa.

Tular di Twitter dan permintaan tinggi, Nestlé terpaksa henti jual Milo di Jepun

Posting itu telah menyebabkan puluhan ribu pengguna laman sosial dalam talian itu berminat

dengan minuman tersebut dan mencarinya.

Menerusi ciapan @ ren_3 mengatakan, "Sebulan setelah minum Milo setiap pagi, saya merasa lebihbaik setelah bangun tidur. Saya biasa merasa letih 24 jam sehari dan tidak mempunyai motivasiuntuk melakukan apa-apa, tetapi sekarang saya merasa segar."

Posting itu juga telah mendapat lebih dari 92,000 tanda suka dan lebih dari 32,000 ulang kicau

sehingga kini, sementara dalam tweet susulan, dia juga menyatakan, "Kandungan besi tinggi Milo

dan kesesuaiannya untuk individu yang mengalami anemia, serta rasanya yang enak."

Baca juga Langkah mudah mematikan bunyi notifikasi aplikasi Shopee

Selain itu, seorang pengguna Twitter bernama @koroku6_ truut membuat ciapan mengatakan bahawa setelah mengamalkan minum Milo yang sangat membantunya, "Tidak lagi pening, kesihatan pundi kencing yang lebih baik, tidak mengantuk di siang hari, keadaan kulit yang lebih baik, kestabilan mental yang lebih baik dan kurang rasa lapar," tulisnya sambil menambahkan bahawa Milo mungkin lebih baik daripada protein.

Posting seperti itu telah menimbulkan rasa ingin tahu di kalangan masyarakat Jepun, sehingga

meningkatkan permintaan di luar jangkaan.

Menurut Nestlé, permintaan untuk Milo di Jepun adalah tujuh kali lebih tinggi daripada

permintaannya dalam tempoh yang sama pada tahun 2019.

Ini menjadikan syarikat itu dalam keadaan yang sukar, dengan bekalan bahan Milo yang biasa

mereka datang dari Singapura terbukti tidak mencukupi.

Oleh itu, syarikat itu mengumumkan bahawa penjualan varian Milo Original 240g, 700g, dan five-

stick Milo Original akan dihentikan hingga awal bulan Mac 2021 kerana mereka berusaha untuk

menambahkan bekalan bagi membolehkan syarikat memenuhi permintaan yang meningkat.

Sesungguhnya Milo adalah minuman sarapan yang popular di kalangan berjuta-juta penduduk Asia Tenggara.

Mudah-mudahan orang Jepun dapat bersabar sementara mereka menunggu stok Milo tiba di sana pada tahun 2021.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca