SEMALAM, tular beberapa gambar yang memaparkan sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang dipercayai terbabas di dalam kawasan tanah perkuburan Islam sekali gus menjadi bahan jenaka warganet.

Namun, kejadian yang berlaku di Tanah Perkuburan Islam Forest Heights, Senawang, Seremban itu rupanya melibatkan seorang wanita warga emas.

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Wanita berkenaan juga dilaporkan pitam selepas menziarahi kubur arwah suaminya.

Menurut Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof, ini kejadian yang sebenar;

1. Pemandu berusia 60 tahun itu mengalami hipoglisemia (glukosa darah rendah) dan pitam selepas menziarahi kubur suaminya.

2. Ia menyebabkan kenderaan yang dipandunya bergerak ke hadapan secara tidak sengaja lalu melanggar tapak perkuburan di lokasi kejadian.

3. Kereta berkenaan terbabas ketika dibawa keluar dari kawasan parkir lalu menyebabkan empat kubur mengalami sedikit kerosakan membabitkan batu nisan.

Baca juga 10 info kejadian lelaki berjalan dalam keadaan terbakar, kecewa kekasih curang

Tular foto Myvi langgar kubur, kejadian sebenar buat ramai sebak

Iklan

4. Bagaimanapun, warga emas tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan serta sudah menerima rawatan berhubung penyakit dialaminya.

5. Anak pemandu Perodua Myvi tersebut hadir membuat laporan pemakluman kepada pihak polis dan akan bertanggungjawab ke atas segala pembaikkan tapak perkuburan yang mengalami kerosakan susulan kejadian itu.

Sementara itu, seorang pengguna Facebook dipercayai anak kepada wanita berkenaan tampil memohon maaf kepada waris kubur terbabit selain berjanji akan bertanggungjawab atas kerosakan yang berlaku.

Lelaki dikenali sebagai Syafiq Sidek itu menjelaskan, ibunya masih dalam keadaan sedih setelah kehilangan suami tercinta akibat Covid-19.

Iklan

Menjengah ke ruangan komen perkongsian tersebut, ramai yang pilu dan sebak. Rata-rata memberikan kata-kata semangat buat lelaki itu untuk tabah menghadapi ujian dari ALLAH.

Ujar mereka;

“Moga pihak keluarga tabah hadapi dugaan ini, yuk jaga ibu baik-baik, abaikan komen-komen negatif itu.”

“Moga ALLAH beri kesabaran dalam melalui ujian ketika ini.. Semoga diberi jalan yang mudah untuk mengurus dan selesaikan permasaalahan yg berlaku.”

Baca juga [VIDEO] Aksi lelaki dicabar ‘wheelie’ dengan anak tanpa ‘helmet’ tular, dikecam warganet

“Hypo bukan benda main-main dan bukan benda boleh buat lawak. Kalau bila hypo memang akan jadi tak sedarkan diri.”

“Alahai sedihnya mak cik, maafkanlah geng-geng segala benda nak viral tu… moga mak cik cepat sihat.”

“Apa yang penting ibu Shafiq selamat… Beri dia semangat.. Mudah-mudahan terus tabah melalui hari mendatang.”