WHEELIE ialah perbuatan menunggang basikal atau motosikal dengan satu roda terangkat.

Aksi berbahaya itu boleh mengancam nyawa sendiri atau orang lain. Malah ia boleh mengganggu pengguna jalan raya lain.

Tindakan seorang lelaki menunjukkan aksi ‘wheelie’ sebuah motosikal ditunggangnya menjadi tular dalam media sosial.

Apa yang menimbulkan kecaman warganet ialah perbuatan berbahaya itu dilakukan sambil membawa seorang kanak-kanak perempuan yang merupakan anaknya bersama.

Menerusi paparan video berdurasi 41 saat itu, seorang lelaki lain yang juga perakam mencabar lelaki berkenaan.

Baca juga: 10 info kejadian dua kanak-kanak Myanmar maut selepas makan sisa makanan, bapa dikesan positif dadah

“Hari ini tak ada lompat-lompat ke?”

Bagaimanapun lelaki itu enggan dan menjawab ia tidak boleh dilakukan kerana telah membawa anak perempuannya bersama.

Kemudian perakam memujuk lelaki berkenaan melakukan perbuatan menunggang sambil mengangkat satu roda motosikalnya iaitu ‘wheelie’ pula.

“Wheelie boleh. Tak apa, wheelie sikit je,” kata perakam.

Namun pelaku seakan enggan kerana telah membawa anak perempuan bersama.

“Bawa anak ni,” kata pelaku.

Susulan berulang kali diminta berbuat demikian, lelaki yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 berkenaan dilihat melakukan aksi berbahaya itu.

Baca juga: [VIDEO] ‘Auto’ menitik air mata, aksi pilu kanak-kanak enggan bapa keluar bertugas runtun hati warga maya

Sedang lelaki membuat aksi ‘wheelie’  jelas kedengaran teriakan kanak-kanak perempuan yang juga tidak memakai topi keledar ketakutan.

Video yang tidak dapat dipastikan lokasinya bertebaran di laman sosial dan menimbulkan amarah warga maya. Rata-rata meluahkan rasa geram melihat tindakan lelaki berkenaan yang membahayakan nyawa si kecil.

Rata-rata meluahkan rasa geram melihat tindakan lelaki berkenaan yang turut membahayakan nyawa si kecil.

– “Contoh yang baik pada anak perempuannya. Sangat baik bapa ini. Speechless wow.”

Iklan

– “Aduhi ada anak tu abang janganlah begitu.”

– “Nak buat perkara macam ini jangan babitkan anak isteri boleh tak?”

– “Tunggu tindakan daripada pihak polis nanti.”

Tidak kurang juga yang mengecam perakam yang memujuk dan mendorong perbuatan berkenaan.

– “Tangkap yang rakam. Dia punca segalanya, si perlaku sudah cakap ada anak tapi dihasutnya.”

Iklan

– “Dia dihasut untuk berbuat demikian, gaya macam nak ke masjid”

– “Kawan macam ni bahaya, tahu dia bawa anak bahaya lagi nak galakkan dia wheelie.”

Warganet turut beberapa kali ‘tag’ pihak Polis Diraja Malaysia agar bertindak.

Berhentilah melakukan perbuatan yang boleh membahayakan nyawa diri dan keluarga. Mungkin ia meberikan rasa seronok beberapa saat tetapi boleh menyebabkan kecederaan dan hilang nyawa.

Baca juga: [VIDEO]Ayah Terjumpa Anak Tengah Kerja ‘Drive-Thru’ Bikin Ramai Jurai Air Mata

Sumber: Facebook Jom Redha

Jangan lupa follow kami di Instagram!