Twitter tampil fitur baru, lebih jaga privasi pengguna, elak buli siber

A
A
A

 

TWITTER adalah antara media sosial yang menjadi kegilaan zaman sekarang.

Laman sosial ini memberi peluang pengguna bebas berinteraksi dengan sesiapa sahaja dan berkongsi pendapat tentang apa perkara sekalipun.

Baru- baru ini, Twitter tampil dengan kemaskini terbaru demi menjaga privasi pengguna yang membolehkan kita menentukan siapa yang layak membalas hantaran yang telah dibuat.

Jika seseorang membuat hantaran yang boleh membawa kecaman, mereka boleh menentukan siapa yang boleh membalasnya.

Korang boleh menentukannya dengan tiga pilihan iaitu boleh dibalas oleh semua orang, dibalas oleh orang yang korang ‘follow’ ataupun hanya orang yang korang pilih.

Memetik Tech Crunch, tetapan tersebut membantu pengguna media sosial berasa lebih selamat.

Tidak hanya itu, sebelum ini Twitter memperkenalkan fitur baru yang membuat membolehkan pengguna menghindarkan diri daripada membuat ciapan yang menimbulkan gangguan.

Twitter tampil fitur baru, lebih jaga privasi pengguna, elak buli siber Photo: Twitter Support

Ciri 'unmention' ini akan membolehkan pengguna menghalang sebutan dari akaun lain tanpa menekan butang blok.

Walaupun ia seolah sama di aplikasi Facebook iaitu ‘untagging’. Tetapan ini dapat mencegah akaun pengguna daripada diceroboh.

Jadi, sebelum korang Tweet, pilih siapa yang dapat membalasnya dengan tiga pilihan:

1) semua orang

2) hanya orang yang anda ikuti, atau

3) hanya orang yang anda sebutkan. Tweet dengan dua tetapan terakhir akan dilabel dan ikon balasan akan berwarna kelabu untuk orang yang tidak dapat membalas.

Orang yang tidak dapat membalas masih dapat melihat, Retweet, Retweet dengan Ulasan, berkongsi dan menyukai Tweet korang.

Baca juga: 2 cara keluar dari WhatsApp group. Mudah, tak akan ada yang perasan

Tetapan ini membantu sesetengah pengguna merasa lebih selamat. Selain itu, korang akan berasa lebih selesa dan lebih dilindungi daripada spam dan penyalahgunaan. Ini kerana, tetapan baru ini menghalang korang daripada menerima balasan yang kasar dan juga buli siber.

Menurut laporan yang dikeluarkan Twitter, perubahan ini membawa kepada penyebaran bualan yang lebih bermakna.

Sesetengah orang menggunakan tetapan ini untuk ciapan yang lebih sensitif seperti berkaitan politik dan sosial.

Mereka yang mempunyai ramai pengikut menggunakan tetapan ini untuk berkongsi tentang perasaan, pendapat dan berita peribadi.

Baca juga: Comel dan berkesan menyampaikan mesej, tapi 18 Emoji di WhatsApp ini selalu disalah guna

Twitter adalah tempat untuk perbualan awam yang digunakan di seluruh dunia, jadi pembaharuan ini amat penting bagi supaya pengguna dapat melihat sesuatu perkara melalui perspektif yang berbeza.

Oleh itu, Twitter akan terus berusaha untuk memudahkan orang mencari sesuatu berita dan perbincangan melalui ‘Retweets with Comments’.

Twitter juga mencuba label baru untuk menjadikannya lebih jelas apabila tetapan perbualan ini digunakan.

Sumber: CNN Indonesia

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca