Ulang tayang 'The Batman' bukan kerana VIP lewat, tapi isu teknikal
BARU-BARU ini tular di media sosial seorang pengguna Facebook mendakwa tayangan filem 'The Batman' diulang semula setelah 45 minit ditonton.
Katanya, filem itu bermula pada jam 7.15 malam dan ditayangkan selama 45 minit sebelum dihentikan seketika.
Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram!
Dakwanya, seorang kakitangan kemudian masuk dan membuat pengumuman, "kami akan memulakan semula filem itu dari awal. Maaf atas kesulitan yang timbul".
Ujarnya lagi, ketika ditanya, kakitangan itu kononnya berkata ia disebabkan oleh beberapa pelanggan yang baru tiba.
Perkara itu mendapat kecaman ramai dan ada yang mendakwa filem itu diulang semula gara-gara adanya orang kenamaan (VIP) yang datang lambat.
Justeru, pengendali rangkaian pawagam Tanjung Golden Village Cinemas (TGV) tampil menjelaskan keadaan sebenarnya.
Dalam satu kenyataan, TGV berkata tayangan filem 'The Batman' di TGV Vivacity Kuching, Sarawak (05/03/2022, 7.15 PM) yang diulang semula berlaku disebabkan isu teknikal, bukan kerana kelewatan beberapa VIP.
Ujarnya, pihaknya telah menjalankan siasatan terperinci berhubung kejadian tersebut dan mendapati isu teknikal di dewan IMAX itu membuatkan ia perlu diulang semula tayangannya.
"Di TGV, kami menghormati dan melayan semua tetamu kami secara sama rata dengan keutamaan," katanya.
Menurut kenyataan tersebut, pihaknya faham insiden itu telah menyebabkan kekecewaan bagi tetamu yang terjejas dan dalam semangat ketelusan, TGV ingin memberikan penjelasan terperinci untuk kejadian itu.
1. Tayangan pagi dan petang dalam IMAX pada hari yang sama juga ditangguhkan, kerana isu teknikal.2. Pasukan TGV bertindak pantas untuk menyelesaikan isu teknikal dan sesi petang 7:15 malam dapat
bermula tepat pada masanya.
3. Walau bagaimanapun, disebabkan salah komunikasi, beberapa kakitangan di pintu masuk menganggap jam 7:15 itu akan ditangguhkan, pada masa ini lebih kurang 20% tetamu telah pun memasuki dewan sementara 80% selebihnya masih menunggu di ruang legar dan memasuki dewan selepas tayangan filem itu dimulakan.
Baca juga [VIDEO] Lembah Klang dilanda banjir kilat, Terowong Kuchai, Smart Tunnel ditutup
Ujarnya lanjut, pihaknya akui keputusan untuk menghentikan dan memulakan semula filem itu telah menyusahkan pelanggan dan itu bukan dasar penyaringan TGV.
"Kami memberi jaminan kepada anda bahawa kami sedang mengambil langkah pembetulan untuk memastikan perkara ini tidak berulang."Sebagai tanda maaf, semua tetamu yang terjejas akan diberikan bayaran balik penuh dan tambahan dua
tiket wayang percuma.
"Sekali lagi, kami ingin memberi jaminan kepada semua orang bahawa keputusan untuk memulakan semula filem itu tidak dipengaruhi oleh mana-mana ketibaan lewat VIP dan kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul," tegasnya.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang