#UndiBanjir trending di Twitter, 10 foto banjir di Selangor raih perhatian warga maya

A
A
A

#UNDIBANJIR menjadi trending di Twitter selepas negara dilanda banjir pada 16 dan 17 November menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang berbaki beberapa hari lagi .

Foto dan video dikongsikan di laman sosial menunjukkan limpahan air yang memenuhi jalan raya, Rata-rata mengingatkan warga maya agar mengambil sikap berhati-hati.

Baca juga: Musim tengkujuh, banjir diramal awal November hingga Mac 2023, 8 info wanita perlu tahu, buat persediaan awal

Bandar Puteri, Klang

Shah Alam

Baca juga: Banjir: Jangan cakap kosong dan berhenti salahkan alam sekitar, segera bertindak demi elak mangsa menderita

Kampung Bangi, Kajang, Selangor

Kampung Seri Tanjung, Sepang

Baca juga: Panduan keselamatan elektrik ketika dan selepas banjir, ini saranan Tenaga Nasional Berhad

Berikut 10 fakta berkaitan:

1-Jumlah mangsa banjir di Selangor merekodkan seramai 848 mangsa membabitkan 208 keluarga setakat jam 8 pagi 17 November.

2-Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Selangor, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Selangor dalam kenyataannya memaklumkan, sehingga kini sebanyak 10 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di enam daerah di negeri ini melibatkan Petaling, Klang, Hulu Langat, Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Sepang.

3-Menurutnya, daerah Petaling mencatatkan pemindahan tertinggi apabila merekodkan seramai 433 mangsa daripada 104 keluarga dipindahkan di dua buah PPS.

4-"Dua PPS dibuka iaitu di Masjid Putra Height yang mencatatkan pemindahan seramai 227 mangsa daripada 51 keluarga dan di Dewan Camelia Putra Height pula seramai 210 mangsa daripada 53 keluarga," katanya.

5-Selain itu, dua PPS dibuka di Klang menempatkan seramai 293 mangsa daripada 64 keluarga.

6-Manakala seramai 195 mangsa daripada 49 keluarga dipindahkan ke PPS Masjid Kampung Johan Setia dan seramai 58 mangsa daripada 15 keluarga lagi di PPS Balai MPKK Kampung Jalan Kebun Batu 7 Klang.

7-Dua PPS lagi dibuka di daerah Hulu Langat yang mencatatkan seramai 29 mangsa daripada tujuh keluarga dipindahkan ke PPS Sekolah Kebangsaan Ulu Semenyih, bagaimanapun jumlah mangsa dan keluarga di PPS Balai Raya Bangi Lama masih sedang dalam kemas kini.

8-Selain itu dua PPS dibuka di daerah Sabak Bernam iaitu di PPS Dewan Bagan Nakhoda Omar dan PPS Simpang Lima yang masing menempatkan tujuh orang serta enam orang.

9-Sebuah PPS dibuka di daerah Kuala Selangor iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jeram membabitkan 116 mangsa daripada 30 keluarga.

10-Sementara di daerah Sepang pula sebuah PPS dibuka iaitu di Dewan Orang Ramai Gemilang, Taman Gemilang.

Sebelum ini Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan Monsun Timur Laut (MTL) atau musim tengkujuh di Malaysia akan bermula lebih awal daripada yang dijangka iaitu pada 7 November 2022 dan berterusan sehingga Mac 2023.

Diharapkan semua berjaga-jaga walau di mana sahaja anda berada. Ambil tahu perkembangan tentang paras air sungai di tempat anda menerusi https://publicinfobanjir.water.gov.my/

Baca juga: Penyakit-penyakit yang boleh menimpa orang ramai tatkala musim banjir. Kena peka dan ambil tahu

Sumer: Sinar Harian

Kredit foto:/photo/1" target="_blank" rel="noopener">Twitter Katonara1

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca