GERHANA matahari yang bakal berlaku hari ini (8 April) menjadi bualan ramai. Fenomena astronomi ini berlaku apabila matahari, bulan dan bumi berada dalam satu garis lurus serta bulan berada di tengah-tengah di antara matahari dan bumi.

Jika dilihat dari arah pandangan bumi, gerhana matahari terjadi apabila bulan menutupi cahaya matahari sama sepenuhnya atau sebahagian daripada terkena bumi.

Kali terakhir gerhana 14 Disember 2020 ialah gerhana matahari penuh yang dapat disaksikan di lokasi-lokasi di Lautan Pasifik, Chile dan Lautan Atlantik Selatan.

Jarang-jarang terjadi, gerhana ini dikatakan akan hanya disaksikan di di Mexico, Amerika Syarikat dan Kanada.

Baca juga: Gerhana matahari separa pada 20 April ini, jangan lihat secara terus boleh buta kekal, 8 info berkaitan

Baca juga: MUA Bellaz rakam fenomena gerhana bulan penuh di Kedah, nampak macam buah tembikai

Pekerja dan pelawat NASA menyaksikan gerhana matahari penuh pada 21 Ogos 2017 (Kredit foto: NASA)

Sana-sini ramai memperkatakan tentang gerhana matahari penuh, berikut 10 fakta menarik mengenainya yang dikongsikan oleh Agensi Angkasa Malaysia, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI):

1-Fenomena gerhana matahari penuh pada 8 April 2024 ini akan bermula jam 23:42:15 dan berakhir pada 9 April 2024 jam 04:52:19 waktu Malaysia.

2-Pun begitu, fenomena ini tidak dapat disaksikan di Malaysia kerana laluan bayang-bayang umbra dan penumbra bulan tidak melalui mana-mana kawasan di Malaysia pada waktu tersebut.

3-Fenomena ini berlaku sehari selepas bulan berada pada kedudukan perigee, iaitu kedudukan bulan pada jarak terdekat dengan bumi di dalam orbitnya iaitu 358,850 km. Manakala magnitud gerhana matahari penuh kali ini adalah 1.0566.

4-Ia yang hanya dapat disaksikan di di Mexico, Amerika Syarikat dan Kanada dengan Laluan Gerhana Matahari Penuh (lintasan bayang umbra Bulan) dengan kelebaran 142 hingga 202 kilometer.

Baca juga: Agensi Angkasa kongsi tip cara tengok gerhana bulan penuh dengan jelas, 10 info perlu tahu

Baca juga: 5 amalan sunat semasa gerhana bulan, elak percaya khurafat, tahyul. Banyakkan istighfar dan sedekah

5-Gerhana ini akan bermula di Lautan Pasifik Selatan, melintasi Mexico Utara, 15 negeri di Amerika Syarikat (Texas, Oklahoma, Arkansas, Missouri, Tennessee, Kentucky, Illinois, Indiana, Ohio, Michigan, Pennsylvania, New York, Vermont, New Hampshire, dan Maine).

6-Ia kemudian melintasi enam wilayah Kanada iaitu Ontario, Quebec, New Brunswick, Pulau Prince Edward, Nova Scotia, dan Newfoundland sebelum berakhir di Lautan Atlantik.

Iklan

7-Tempoh gerhana maksimum yang paling lama iaitu selama 4 minit 28 saat akan dapat disaksikan di Torreon, Mexico.

8-Baru-baru ini gempar fenomena berkenaan pernah diramalkan oleh akhbar berpusat di Ohio, Amerika Syarikat (AS) pada tahun 1970. Selepas 54 tahun, ramalan itu akhirnya akan menjadi kenyataan.

Baca juga: Gerhana matahari dan bulan keajaiban alam yang menakjubkan. 10 Fakta mengenainya ini wajib diketahui

Iklan

9-Laporan keratan akhbar The Washington Post itu menyebut fenomena gerhana penuh akan dapat disaksikan di Amerika Utara dan Amerika Tengah pada 8 April 2024.

10-Fenomena gerhana matahari penuh ini juga jatuh pada 28 Ramadan 1445H. Islam menganjurkan umatnya untuk melaksanakan solat sunat gerhana ketika berlakunya ia berlangsung.

Sumber: Agensi Angkasa Malaysia MOSTI, JAKIM

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat! 

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!