BERITA gembira buat warga negeri Terengganu, kerajaan akan memberikan dana raya yang juga dikenali Bantuan I-Fitri 2022 pada tahun ini.

Bantuan I-Fitri 2022 kepada rakyat yang layak akan dibuat bermula 17 April depan secara tunai di peringkat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing.

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Menurut Exco Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional Negeri, Hanafiah Mat , bantuan melibatkan peruntukan berjumlah RM56.4 juta akan dibayar kepada 148,700 ketua isi rumah.

Berikut perincian berkaitan Bantuan I-Fitri 2022 dan cara memohon;

1. Pemohon bantuan bagi kategori A yang mempunyai pendapatan isi rumah bulanan tidak lebih RM2,500 akan menerima RM400 dan dijangka melibatkan seramai 128,450 orang dengan peruntukan RM51.3 juta.

2. Penerima bantuan kategori B yang memperoleh pendapatan isi rumah antara RM2,501 hingga RM5,000 pula akan menerima sebanyak RM250. Ia melibatkan 20,250 penerima dengan kewangan sebanyak RM5 juta.

Baca juga Bayaran Fasa 1 BKM berperingkat, bermula 28 Mac ini

Untungnya warga Terengganu! Ini 6 perincian Bantuan I-Fitri 2022 dibayar mulai 17 April ini

3. Permohonan Bantuan I-Fitri akan dibuka selama 10 hari bermula jam 10 pagi Selasa (hari ini).

4. Pemohon yang layak berdasarkan kriteria ditetapkan boleh memohon melalui portal https://ibantuan.terengganu.gov.my.

Iklan

5. Antara syarat ditetapkan ialah rakyat Terengganu yang menetap di negeri ini, berdaftar dalam sistem Profil Rakyat Terengganu 2020 (PRT20) dan berpendapatan isi rumah bulanan tidak kurang RM2,500 bagi kategori A dan RM2,501 hingga RM5,000 untuk kategori B.

6. Pemohon yang berjaya akan menerima baucar melalui agihan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) masing-masing.

Alhamdulillah, sekurang-kurangnya bantuan ini dapat meringankan beban golongan yang kurang berkemampuan untuk menyambut Aildilfitri nanti.

Semoga bermanfaat!

Iklan

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI