Vaksin Covid-19 membunuh 6 orang sewaktu kajian, ini penjelasan pakar

No Image Caption
A
A
A

SEMALAM ‘kecoh’ di media sosial mengenai vaksin Covid-19 keluaran Pfizer dikatakan telah menyebabkan kematian enam orang sewaktu kajian fasa ketiganya.

Mendapat perhatian Dr Megat Mohammad Amirul Amzar di entri Facebooknya, katanya, berita itu membuatkan antivaksin melompat-lompat dan terus menuduh kerajaan kita cuba membunuh rakyat.

Mengulas lanjut mengenainya, kajian fasa ketiga melibatkan 43, 252 orang peserta yang telah dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu kumpulan yang mendapat vaksin Covid-19 dan kumpulan yang mendapat plasebo (bukan vaksin Covid-19).

“Daripada 43 ribu orang itu, hanya enam kematian berlaku iaitu dua kematian dalam penerima vaksin dan empat kematian dalam yang tidak menerima vaksin Covid-19.

“Jika diselusuri lebih mendalam, kematian keenam-enam orang ini TIDAK BERKAITAN dengan vaksin kerana ada yang kena serangan jantung manakala ada pula yang kena strok,” jelas Dr Amirul Amzar.

Memberi perumpamaan, Dr Amirul Amzar menjelaskan, ia umpamanya, anda dan kawan anda bersetuju menyertai kajian vaksin.

Artikel berkiatan: Saintis Islam individu terpenting kejayaan vaksin Covid-19, hidup sederhana walaupun antara yang terkaya di Jerman

Tiba-tiba anda kena langgar kereta lepas diberi vaksin dan kawan anda yang tidak menerima vaksin pula dipatuk ular selepas balik daripada kajian.

“Kalau kedua-dua anda dan kawan anda mati, ia tetap akan direkodkan, tetapi pengkaji akan menyatakan kejadian itu tidak ada hubungkait dengan menerima atau tidak menerima vaksin.

“Antivaksin kebanyakannya suka bagi keratan berita sahaja tanpa baca berita penuh. Jangan mudah terperdaya dengan mereka. Penuhkan diri dengan ilmu dan rajinkan diri membaca,” pesannya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca