BARU-BARU ini kerajaan mengumumkan akan meneruskan pemerolehan vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech untuk kanak-kanak berusia lima hingga 12 tahun.

Justeru, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan, pemberian vaksin buat golongan tersebut akan bermula pada 2022.

Menurut KKM, buat masa ini hanya vaksin itu yang tersedia bagi kegunaan kanak-kanak di bawah usia 12 tahun dan sedang menunggu kelulusan regulatori daripada Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Katanya, pihak Pfizer juga dijangka mengemukakan data berkaitan pendaftaran penggunaan vaksin untuk kanak-kanak di bawah 12 tahun pada penghujung tahun ini kepada NPRA (Agensi Regulatori Farmasi Negara) untuk penilaian dan kelulusan pendaftaran.

Baca juga Usah pandang remeh, 11 risiko menanti jika abai jaga gigi susu anak kecil

vaksin

Menurut kementerian itu, kerajaan kini dalam proses memperoleh vaksin Pfizer BioNTech untuk kegunaan imunisasi bagi golongan itu memandangkan formulasi yang digunakan berbeza daripada populasi dewasa, tertakluk kepada kelulusan NPRA dan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD).

Seramai 5.9 juta kanak-kanak dijangka akan divaksinasi melibatkan anggaran keperluan kuantiti sebanyak 11.8 juta dos.

Perkara itu dinyatakan dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman sesawang Parlimen hari ini.

Ia berikutan menjawab soalan Wong Chen (PH-Subang) yang ingin tahu sama ada KKM berhasrat memberi suntikan vaksin kepada kanak-kanak berusia lima hingga 12 tahun serta jangkaan ia dilaksanakan.

Iklan

Baca juga [8 gambar] Dulang berkerak, dicemari najis tikus, keadaan dalam kilang roti di Pulau Pinang tular

Oktober lalu, panel FDA mengesyorkan vaksin Pfizer-Biontech Covid-19 untuk kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun dengan menyatakan manfaat suntikan itu melebihi risikonya.

Iklan

Jadi, kepada ibu bapa segera lakukan pendaftaran bagi anak-anak dalam aplikasi MySejahtera. Mudah sahaja hanya daftar di ruangan ‘Tambah Tanggungan Vaksinasi’.

Sumber: Bernama